Ustaz Azman 150309

Doa kita kepada Allah SWT tidak dimakbulkan kerana perkara yang berikut:

• Menangguh ibadah kepada Allah SWT

• Membiarkan hati itu mati kerana melakukan dosa.

• Membaca Al Quraan tetapi tidak beramal akan ajaran dan hukuman yang termaktub didalamnya.

• Mempermainkan suruhan agama. Tahu perkara yang haram tetapi masih juga melakukannya. Dijadikan nafsu itu pemimpinnya.

• Memberi alasan yang tidak berasas akan kenapa dilakukan maksiat.

• Menyatakan cinta kepada Rasulullah SAW tetapi tidak mengikut sunnahnya.

• Tahu akan apa yang harus dilakukan tetapi tidak kuat imannya untuk melawan hawa nafsu.

• Mempercayai akan siksa selepas mati tetapi tidak bersedia menghadapinya. Amalan yang tidak mencukupi untuk dijadikan bekalan dialam barzah dan hari akhirat.

• Didalam Al Quran diingatkan kepada orang mukmin bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Tetapi hakikatnya ramai yang menjadikan syaitan didalam maksiat.

• Orang mukmin itu bersaudara. Tetapi ramai yang menceritakan kepada orang ramai akan keburukkan dan keaiban saudara kita.

Perkara diatas ini merupakan sebab kenapa doa yang dipohon tidak diterima.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809