Ustaz Shamsuddin 110109

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda, Shah Alam

Bab ZINA

• Wanita yang didapati oleh Hakim dirogol maka dia tidaklah dianggap berzina.

• Tidak dijalankan hukum hudud keatasnya.

• Sesiapa yang didapati berzina lelaki atau perempuan akan dijatuhkan hukum hudud keatas mereka.

• Bagi saorang perempuan yang sedang hamil dan didapati bersalah berzina, tetap dijatuhkan hukum hudud. Tetapi hukuman itu ditangguhkan selepas dia melahirkan anak.

• Hukuman untuk wanita yang masih bernifas juga perlu ditangguhkan.

• Hukuman bagi wanita yang menyusukan anak juga ditangguhkan.

• Sesiapa yang meliwat hukumnya haram. Walaupun dengan isterinya sendiri. Tetapi tidak dijatuhkan hukum hudud. Bagi yang lain maka hukum hudud dijalankan. Samada diliwat lelaki ataupun perempuan.

• Musahaqah/ Lesbian adalah perbuatan haram. Wajib dijatuhkan hukum takzil sahaja. Kesalahan ini tidak dijatuhkan hukum hudud.

• Orang yang melakukan seks dengan haiwan tidak dianggap berzina. Hukumnya haram. Tetapi tidak dijatuhkan hukum hudud. Hanya dijatuhkan hukum takzil.

• Orang lelaki atau perempuan yang bersetubuh dengan orang yang mati. Hukumnya haram jika bukan suami/ isterinya. Dan dikenakan hukum tanzil sahaja.

• Orang yang bersetubuh dengan orang gila yang bukan suami atau isterinya. Dianggap melakukan perzinaan. Jika tersabit maka akan dijatuhkan hukum hudud.

• Bersetubuh dengan mahram dianggap berzina. Tersabit kesalahan maka dijatuhkan hukum bunuh. Anak mahram jika melakukan dengan rela akan dijatukan hukum hudud.

• Bersetubuh dengan kanak-kanak. Dianggap berzina. Jika tersabit akan dijatuhkan hukum hudud.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809