Ustaz Shamsuddin 080209

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda

Bab Zina

• Zina jika tersabit maka wajib dihukum mengikut hukum hudud

• Tersabit kesalahan dengan beberapa cara
- saksi
- pengakuan diri
- tanda- tanda. Evidence

• Hendaklah diingat bahawa hukum yang hendak dilaksanakan adalah hukum Allah SWT. Perlu dijalankan dengan teliti tanpa ada unsur nafsu. Ia berlainan dengan hukuman undang- undang manusia. Apabila kita menjalankan hukum Allah SWT akan ada barakahnya keatas seluruh negara. Ia menjadikan didalam negara itu suasana keagamaan yang berpaksi kepada keadilan yang tulen.

• Saksi hendaklah mengikut beberapa syarat saperti berikut:
- orang islam
- melihat sendiri
- jelas
- fakta saksi- saksi tepat dari segi masa dan tempat

• Menuduh sesaorang berzina hendaklah mempunyai saksi yang mencukupi. Jika tidak si- penuduh akan didakwa mengikut hukum hudud. Jika disabit maka disebatkan sebanyak lapan puluh kali.

• Sesaorang yang mengaku hendak mengikut syarat saperti berikut.
- pengakuan dihadapan mahkamah dengan sendiri tanpa berwakil
- waras fikirannya
- bukan kanak- kanak
- orang bisu perlu dibuat secara bertulis
- perbuatan itu secara jelas

• Hukum hudud adalah hak Allah SWT. Perlu jalankan oleh pemerintah, imam, ketua negara atau wakilnya saperti hakim, kadhi.

• Tidak boleh dijalankan hukum hudud ini oleh orang awam. Dijalankan dihadapan orang ramai. Bukan ditempat yang bersembunyi.

• Untuk menjalankan hukum hudud adalah dengan izin ketua negara.

• Disunatkan bahawa kesalahan yang dituduh itu hendaklah sebut dengan jelas.

• Apabila orang yang hendak dijalankan hukum hudud menarik balik pengakuannya dengan bersumpah dihadapan hakim. Maka hukum tersebut tidak boleh dijalankan.

• Hukuman rejam sampai mati bagi seorang lelaki hendaklah dijalankan dengan keadaannya secara berdiri tanpa diikat. Bagi pesalah perempuan yang disabit dengan pengsaksian hendaklah ditanamkan sehingga paras dada sebelum direjam. Jika tersabit seorang perempuan kerana pengakuan sendiri maka tidak perlu direjam.

• Mayat orang yang telah dihukum hendaklah di sembahyangkan saperti biasa.

• Hukuman rejam tidak boleh dijalankan
- semasa pesalah itu hamil. Hendaklah di biarkan sehingga dua tahun.
- didalam masjid
- jika batu yang digunakan tidak mengikut specifikasi syariah

• Hukum rotan
- perlu mengunakan rotan yang sesuai
- tidak setempat dan tidak dibahagian muka dan kepala
- tidak boleh mencederakan
- dirotan semasa berdiri

• Hukum hudud ini perlu dijalankan dengan mengikut hukum syariaah dihadapan seorang hakim yang berilmu. Bukan secara melulu dan mengikut nafsu.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809