Posts

Showing posts from July, 2010

Ustaz Amran Yusuf 22/07/10

Kuliah Maghrib • Manusia yang bersolat, akan menggunakan waktu ia bersolat dengan mengenang kembali dosa-dosanya. Bersegeralah dia memohon keampunan daripada Allah SWT. • Solat lima kali sehari akan membasuhi diri daripada segala dosa. Maka orang yang rajin bersembahyang wajib dan sunat akan bersihlah dirinya daripada dosa. • Solat juga memperkuatkan iman sesaorang yang kuat mengerjakannya. Ia juga dapat mempertundukkan hawa nafsu sesaorang. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Azman 18/07/10

Kuliah Subuh • Manusia hendaklah selalu mengingati Allah SWT kerana nikmat yang diberikan NYA tidak terhitung. • Malah sepatutunya Allah SWT itu susah hendak manusia melupakan. • Orang yang lalai daripada mengingati Allah SWT hidup nya tidak bertujuan. Terhumban hambing. Berserabut. • Kerana tidak mengingati Allah SWT itulah timbul masaalah lalai. Didalam beribadat pun, seperti solat dan membaca quraan pun lalai. • Sifat iklas juga tibul apabila kita selalu mengingati Allah SWT. Rasa kekuasaan yang hebat yang dipunyai Tuhan. Timbullah rasa keterdilan makluk, rasa takut, rasa kasih, rasa nikmat dan sebagainya. • Orang yang sering melupai Allah SWT mengundang kemurkaan NYA. Janganlah sampai hingga Allah SWT pula melupai NYA, maka tunggulah akibatnya diakhirat. • Kesan daripada melupai Allah SWT maka akan timbullah sikap lalai. Disinilah syaitan dan iblis mencuri kesempatan menyajak kita melakukan maksiat. Rugilah lah manusia itu. Wassalam Sent from my BlackBer

Ustaz Amran Yussof 120710

Kuliah Maghrib • Melakukan ibadah perlulah bersandar kepada amalan dan sunnah Rasulullah SAW. Janganlah hanya mengikut- ikut sahaja, terutama melakukan sesuatu ibadah khusus bersandar kepada hadith maudhu'. • Jagalah diri daripada mengikut-ikut sahaja tanpa bersandar kepada nas-nas Al Quraan dan Hadith. Kerana jika tersalah maka sesatlah nanti. Tergolong daripada orang yang rugi. • Rasulullah SAW membawa risalah Islam. Memberi contoh kepada manusia. Maka perlulah semua amalan dan ibadah yang dikerjakan berlandaskan quran dan hadith. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Shamsuddin 11/07/10

Kuliah Subuh • Sesiapa yang mencederakan tubuh badan sesaorang dengan sengaja akan dibalas dengan sama apa yang ia telah lakukan. Hukuman Qisas. • Balasan ini hendaklah dijalankan dengan tidak mengananyakan sesaorang itu. Perlulah bersikap adil. • Sekira sesaorang itu mencederakan kaki sesaorang dengan sengaja. Maka wajib diQisaskan dengan mencederakan kakinya juga. Tidak boleh mencederakan anggota yang lain. Tidak boleh juga Qisas dengan berlebihan. • Sekiranya tidak dapat dijalankan hukum Qisas, maka hendaklah dihukum mengikuti hukum diyat. Satu diyat nilainya 100 ekor unta. Contoh diyat; 10 jari bersamaan satu diyat iaitu 100 ekor unta. Jika satu jari yang cedera maka diyatnya 10 ekor unta. • Syarat orang yang hendak dijatuhkan Qisas, hendaklah dia; - waras - baligh - dilakukan sengaja - setaraf • Ada beberapa anggota manusia yang tidak boleh dijalankan qisas. Tidak boleh memotong lidah kerana ia akan membawa kekacatan. • Pihak hakim perlu menjatuhkan hukum

Ustaz Redzuan 090710

Kuliah Maghrib • Golongan yang sentiasa MENANG adalah orang yang beriman. Orang mukmin umat Muhammad SAW dijanjikan kesejahteraan dunia dan akhirat. • Allah SWT melindungi Al Quran agar generasi demi generasi. Dapat memikul tugas berdakwah serta mempertahankan kesucian agama. • Sejarah telah menunjjukkan betapa bersusah payah para mukmin mempertahankan kesucian Allah. •Kemenangan yang diberikan kepada umat Muhammad SAW, walaupun bilangannya sedikit. • Lambang kemenangan itu adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW, Isra' wal Mi'raj. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Haslin 290610

Kuliah maghrib • Orang mukmin yang datang ke masjid dengan berniat untuk mengerjakan kebaikan maka akan dianugerahkan kepadanya pahala seperti orang yang mengerjakan haji. • Rezeki daripada harta sesaorang; - makan dan minum - pakaian - nafkah dan sedekah • Haram sesaorang yang berharta itu bersifat kedekut, bakhil. • Harta yang dimanafaatkan kepada orang lain selain daripada diri dan keluarganya. Adalah harta yang mempunyai kelebihan. • Infaqkan harta yang disayangi itu lah sesuatu yang baik. Allah SWT mejaminkan bahawa mereka yang memberi harta untuk kebaikan tidak akan terjejas hartanya. • Bersedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah SWT. • Berzakat dan mewakafkan harta untuk kebaikan ummah akan membawa kebaikan itu kembali kepada diri yang memberi. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ghazali Hasbullah 300610

Kuliah Maghrib • Manusia itu ada lah HAMBA Allah SWT. Tidak lebih daripada itu. • Semua makhluk dialam ini tunduk kepada Allah SWT. Maka sebagai manusia perlu kita bertanya kepada diri sendiri; Adakah kita tunduk kepada Allah SWT? Hati mesti bersih sebelum jasad dapat tunduk kepada Allah SWT. • Dibulan Rejab hendaklah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Mudah mudahan dilapangkan kuburnya dialam barzah kelak. • Seorang NAZR itu dapat melihat ciptaan Allah SWT sehingga dapat ia merasakan kebesaran NYA. • Orang seperti diatas ia mentasdiqkan atau percaya seratus peratus kewujudan dan kebesaran Allah SWT. Serta yakin akan kerasulan Nabi Muhammad SAW. • Orang beriman akan tetap kepada kepatuhannya akan hukum Allah SWT. Teguh kepada segala suruhan dan larangan. • Wasilah itu adalah jalan untuk mengenal Allah SWT. Orang yang telah menjumpai akan jalan tersebut maka dinamakan ia seorang yang NAZR. • Hari ini ramai yang mengaku Islam tetapi ti