Ustaz Shamsuddin 11/07/10

Kuliah Subuh

• Sesiapa yang mencederakan tubuh badan sesaorang dengan sengaja akan dibalas dengan sama apa yang ia telah lakukan. Hukuman Qisas.

• Balasan ini hendaklah dijalankan dengan tidak mengananyakan sesaorang itu. Perlulah bersikap adil.

• Sekira sesaorang itu mencederakan kaki sesaorang dengan sengaja. Maka wajib diQisaskan dengan mencederakan kakinya juga. Tidak boleh mencederakan anggota yang lain. Tidak boleh juga Qisas dengan berlebihan.

• Sekiranya tidak dapat dijalankan hukum Qisas, maka hendaklah dihukum mengikuti hukum diyat. Satu diyat nilainya 100 ekor unta. Contoh diyat; 10 jari bersamaan satu diyat iaitu 100 ekor unta. Jika satu jari yang cedera maka diyatnya 10 ekor unta.

• Syarat orang yang hendak dijatuhkan Qisas, hendaklah dia;
- waras
- baligh
- dilakukan sengaja
- setaraf

• Ada beberapa anggota manusia yang tidak boleh dijalankan qisas. Tidak boleh memotong lidah kerana ia akan membawa kekacatan.

• Pihak hakim perlu menjatuhkan hukum takzir didalam kes- kes yang mana qisas tidak dapat dijalankan.

• Allah SWT suka kepada orang yang melakukan adil.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914