Posts

Showing posts from September, 2008

Takbir Aidil Fitri

Image
Tuan imam masjid Al Huda Shah Alam, Tuan Haji Abdullah sedang memimpin bacaan takbir aidil fitri pada malam raya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Abdul Halim 280908

Image
Kuliah subuh yang di sampailkan oleh Ustaz Abd Halim daripada JAIS . Tajuk kuliyah adalah mengenai sifat pemurah meinfaqkan harta benda . • Allah SWT telah berfirman yang bermaksud. Apa sahaja yg telah kamu infaqkan, maka Allah SWT akan tukarkan menjadi kesejahteraan kepada diri kamu sendiri. • Begitulah didalam beberapa ayat Al Quran apa sahaja kebaikan yang dikerjakan maka kamulah yang akan mendapat kenikmatannya. • Janji Allah SWT bahawa jika kita membelanjakan harta kejalan Allah , maka IA akan mencukupkan kehendak manusia. Sama ada dengan mencukupkan keperluan ekonomi, kesejahteraan hidup, kesihatan dan sebagainya. • Allah SWT mengetahui akan benda yang kita infaqkan. Tidak mengira perkara itu besar ataupun kecil. • Para Nabi dan Rasul mempercayai akan janji Allah SWT. Mereka yakin akan kekuasaan dan rahmat tuhan. Jadi mereka telah sanggup menghadapi kesusahan dan ujian didalam menjalankan perintahNya. Contohnya adalah bagaimana Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah SWT denga

Ustaz Azwan 270908

Image
Kuliyah disampaikan oleh Ustaz Azwan. • Para sahabat apabila sampai kepenghujung Ramadan akan merasa sedih . Kerana selepas Ramadan ini belum tentu mereka akan menemuinya dimasa hadapan. • Rasulullah SAW menyatakan yang dihari akhirat orang yang memasuki syurga adalah dengan rahmat Allah SWT. Para sahabat yang mendengar merasa hairan. Mereka bertanya Rasulullah SAW sama ada baginda yang banyak ibadahnya memasuki surga dengan rahmat Allah SWT. Baginda juga manyatakan yang dia juga tidak akan memasuki syurga melainkan dengan rahmat Allah SWT. • Bulan Ramadhan inilah tempat kita menimba rahmat Allah SWT dengan sebanyak- banyaknya. Malah sepuluh hari pertama adalah janji Allah SWT supaya sesiapa yang berpuasa dan menyerjakan amalan soleh akan memperolihi rahmat Nya . Dan diakhir sepuluh hari Ramadan Allah SWT menjanjikan terhindar daripada api neraka. • Pada bulan Ramadhan ini juga para sahabat berperang dan berjihad didalam perang Badar. Begitulah pembukaan Kota Mekah berlaku dida

Ustaz Zaid 260908

Image
Kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Zaid yang membincangkan mengenai fasa ke-3 ibadah puasa Ramadhan. Ramadhan adalah satu model untuk membentuk manusia yang bertaqwa. Al Quran surah Al BaQarah ayat 183 menceritakan yang demikian. Mukmin yang kuat (fizikal, intelek, rohani, emosi) dan beramanah adalah orang yang bertaqwa. Apabila sesaorang mukmin yang mempunyai 'mindset' yang sentiasa takut kepada Allah SWT ' God Mindset ' dia akan membentuk nilai dan sikap yang akan membinanya sebagai manusia yang hebat. Excellence. Berpuasa mendidik menundukkan NAFSU . Tidak ada cara yang lebih berkesan. Kekuatan intelek dan sokongan emosi yang positif belum dapat membina manusia yang excellent. Melainkan nafsu juga dikawal supaya yang negatif itu dapat tundukkan. Inilah kekuatan spiritual. Orang yang berpuasa hanya dapat mencapai tahap taqwa jika dia mempunyai tahap keimanan yang kuat. IMAN> PUASA> TAQWA. Maka jika kita tiap- tiap tahun mengerjakan puasa tetapi masih

YB Khalid Samad 230908

Image
YB Khalid Samad sedang memberi tazkirah selepas membuka puasa dan solat Maghrib. Tajuk tazkirah berkisar diatas tajuk ciri ciri orang yg bertaqwa.

Ustaz Othman Abdullah 210908

Image
Kehidupan ini adalah satu nikmat. Satu peluang. Satu ruang untuk memperhambakan diri kepada llahi. Ingatlah yang Allah SWT menjadikan manusia untuk menyembahNya. Rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya tidak dapat dihitungkan oleh manusia. Macam macam nikmat yang diberikan untuk membebaskan diri daripada api neraka. KeampunaNya, RahmahNya dan HidayahNya. Salah satu rahmatNya adalah sepuluh hari terakhir daripada bulan Ramadhan. Yang dikhususkan untuk menghindarkan manusia daripada api neraka. Tidak ada agama didunia ini yang setanding dengan Islam. Setiap ibadatnya mempunyai kesan yang baik untuk mempertingkatkan darjat manusia melebihi kejadian hamba Allah SWT yang lain. Begitulah ibadah di bulan Ramadhan. Ianya menjadi sebagai madrasah untuk melatih diri mengharungi hidup sebagai seorang yang bertaqwa sepanjang tahun. Berpuasa, solat, sedekah, zakat dan hadzir kemajlis ilmu sebagai 'training' diri untuk mencapai 'high performance standard' serta t

Ustaz Azman 210908

Image
Kuliah subuh di Masjid Al Huda yang disampaikan oleh Ustaz Azman. Tajuk kuliah adalah TAKUT KPD ALLAH SWT. Tercatit satu kisah dizaman Khalifah Saidina Omar. Satu ketika khalifah berjumpa dengan saorang pengembala kambing yang sedang menjaga kambing tuannya. Diminta supaya penjaga ini menjual beberapa ekor kambing. Sipenjaga ini enggan. Khalifah menyatakan bahawa tuannya tidak nampak dan jumlah kambing yang begitu banyak manalah tuan nya perasan. Khalifah terkejut mendengar jawapan penjaga kambing, " walaupun tuan aku tidak nampak tetapi Allah SWT tetap melihat". Serta dinyatakan lagi " saya tidak takut kepada tuan kambing ataupun khalifah, tetapi takut kepada Allah SWT sahaja". Didalam mengendalikan hidup kita dan keluarga, akan menghadapi berbagai konflik untuk mempraktiskan kehendak agama. Kerana kita takut kepada banyak perkara selain daripada takut kepada Allah SWT. Kita sanggup membelakangi perintah Allah SWT semata-mata takut dicaci oleh manusia yang tidak be

Ustaz Kamarudin 200908

Image
Kuliah malam ini disampaikan oleh Ustaz Kamarudin mengenai malam lailatulqadar. Walaupun seminggu ini sudah beberapa kali ustaz- ustaz telah menyatakan; tetapi masih terdapat beberapa perspektif yang bagi saya sesuatu yang unik. Mungkin kuliah malam ini bukan yang terakhir bagi tuan guru membincangkan hal ini. Malam lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Bersamaan 83 tahun 4 bulan. Sekali sahaja sudah melebihi hayat kita didunia ini, cuba bayangkan kalau kita sentiasa beristiqamah beribadat dibulan Ramadhan setiap tahun !!! Keistimewaan malam lailatulqadar; Allah SWT menurun Al Quran dimalam tersebut. Tujuan Al Quran itu adalah untuk memberi petunjjuk kepada manusia. Hinalah mereka yang tidak beriman kepada Al Quran. Malah lebih jelik orang yang beriman setengah dan kurang yakin pada sebagian daripada Al Quran. Jadi malam lailatul qadar itu bila? Hadith menyatakan sepuluh malam terakhir. Malam yang ganjil. Iman shafie menyatakan pada salah satu di malam 21, 23, 25 Ramadhan

Ustaz Ahmad Yahya 200908

Image
Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahya di Masjid Al Huda. Tajuk kuliah adalah bab kelebihan bulan Ramadhan. Bulan mulia ini adalah penebus dosa bagaikan Allah SWT membakar segala kedosaan yang kita telah lakukan. Sama ada kita ketahui atau pun tidak. Orang yang berpuasa juga dipesan supaya menjaga solatnya. Kerana ganjaran yang tidak terhingga. Bersujud serta berzikir dengan penuh tawadhu' semoga terdidik jiwa kita. Melakukan ibadat dibulan puasa ini dijanjikan Allah SWT ganjaran yang tidak terhitung. Bagaikan perisai daripada bisikkan nafsu. Dengan janji keampunan daripada dosa dan terhindar daripada api neraka. Kerana manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada hasutan iblis dan syaitan yang terlaknat, melainkan dengan izin Allah SWT. Pernah dicatat didalam kitab bahawa ada seorang alim yang diselamat dirinya daripada maut. Apabila ditanya siapakah orang yang meyelamatnya maka ia memperkenalkan diri sebagai iblis. Ditanya kenapa? Iblis menjawab jika

Ustaz Nizam 190908

Image
Menjejaki malam lailatul qadar • Malam yg dianugerahi Allah SWT nikmat kepada umat Muhammad SAW yg tidak pernah diberi kepada umat yang lain. • Hikmahnya supaya manusia diakhir zaman ini melaksanakan ibadah semata-mata kepada Allah SWT. Bagaikan mata ganjaran atau apa yang dinamakan pada hari ini bonus. • Melambangkan betapa besarnya rahmat Allah SWT yang diberikan kepada manusia di akhir zaman ini. Yang mana kita selalu melihat dizaman ini manusia lebih minat berlumba- lumba mengejar harta dunia. Tetapi tidak ramai yang beristiqamah tetap dengan beribadat dan berzikir memuji Allah SWT. • Malam Lailatul Qadar ini berlaku pada sepuluh malam yang terakhir. Malam yang ganjil. Yang mana satu tidak lah diberitahukan. Supaya manusia tetap berusaha mencari dengan beribadat bersungguh-sungguh dimalam sepuluh yang terakhir. Sesiapa yang mendapatnya malam lailatul qadar bererti dia mendapat ganjaran pahala saperti melakukan ibadat selama seribu bulan. Bersamaan dengan 83 tahun. • Saorang ulama

Khutbah Jumaat SSA UniKL MIAT 190908

Image
Tajuk khutbah SSA UniKL MIAT yang disampaikan oleh khatib Hj Mohd Noor Said adalah bab Al Quraan. Petunjjuk serta hidayah bagi sesaorang muslim datangnya daripada Allah SWT. Dan Al Quraan itu adalah pertunjjuk sepanjang jalan. Tidak ada syak daripadanya. Para sahabat menjadikan Al Quran sebagai sumber utama rujukkan yang menentukan cara hidup mereka. Dengan tarbiyah daripada Al Quraan itu telah berjaya membangun satu tamadun yang terhebat didalam sejarah manusia. Bagi mereka yang tidak beriman sehingga hari ini tidak dapat menyangkal kebenaran Al Quraan. Malah Allah SWT telah mencabar orang orang yang kafir supaya membuat satu ayat saperti yang terdapat didalamnya. Membuat Al Quran saperti satu budaya dalam masyarakat sahajalah yang akan meletakkan Islam sebagai dilandasanya yang benar. Disegani dan dihormati seluruh dunia. Sejarah telah membuktikan betapa susah Perancis hendak menghapuskan aqidah Islamiah daripada penduduk Aljeria. Ini diakui oleh Gabenor Perancis. Selagi

Ustaz Azman 170908

Image
Kuliyah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Azman saorang pendakwah bebas. Salah saorang penceramah yang ramai pengikutnya di Shah Alam ini. Ramai juga yang menghadhiri kuliyah pada pagi ini kerana hari ini cuti umum, Nuzul Quraan bagi Negeri Selangor. Allah SWT telah memberi satu amanah kepada manusia yang tidak sanggup di pikul oleh mahluk yang lain, termasuk langit dan bumi. Amanah tauhid dan syariah yang diberikan kepada manusia yang merupakan agama Islam. Ada pandangan yang menyatakan yang amanah ini termasuk harta benda yang dianugerahkan Allah SWT. Allah SWT telah memberikan hidayah kepada umat Islam sebagai nikmat. Sebagai balasan, manusia diminta menyampaikan risalah ini kepada semua manusia. Tetapi diakhir zaman ini umat Islam telah jauh menyimpang. Harta yang diberi Allah SWT tidak dibelanjakan kejalan agamanya. Cukup susah untuk memberi kepada yang memerlukan. Saperti sedekah kepada fakir miskin dan menyumbang didalam pembinaan masjid dan madarasah. Amanah Allah SWT juga term

Ustaz Irwan

Image
Ustaz Irwan sedang memberi kuliyah. Caranya aktif supaya para makmum faham kuliyahnya

Ustaz Irwan 130908

Kuliah bab Fidyah • Hukum fidyah itu wajib bagi mereka yang tidak dibolehkan syarak berpuasa secara kekal. Saperti orang yang tua serta udzur. Atau orang yang sakit yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh. • Orang yang tidak berpuasa di atas sebab yg tersebut dibawah ini wajib Qodo dan membayar Fidyah - Wanita yang sedang hamil yang kuatir yang puasanya akan membawa masaalah kepada anak didalam kandungannya. - Orang yang takhirkan qodo yang wajib atasnya. - Orang yang berniat untuk membatal puasa diatas sebab untuk menyelamatkan dua nyawa - Orang yang berniat untuk membatal puasa diatas sebab untuk menyelamatkan nyawa binatang dan nyawa diri sendiri. • Menentukan harga secupak beras - 1 cupak bersamaan 657 gm - 10kg beras harga pasaran RM28 - 1 hari fidyah adalah RM 1.80 - 1 bulan fidyah RM 54.00 • Sesiapa yang ta' mampu maka perlulah dia ruju' kepada guru yang bertauliah. Kerana ada cara yang tertentu yang dapat menyelesaikannya. Tetapi haruslah jujur

Ustaz Hazlin

Image
Ustaz yang mempunyai stail penyampaian yang menarik.

Ustaz Hazlin 070908

Kuliah ini disampaikan pada minggu lepas. Tetapi ta' boleh 'publish' diatas sebab teknikal. • Bulan Ramadhan ini sungguh banyak Allah SWT memberi anugerahnya kepada umat Nabi Muhammad SAW. Keistimewaan ini diberikan kepada Rasulullah sahaja. Tidak diberi kepada umat yang lain. • Dibulan ini diriwayatkan Allah SWT telah membelenggukan iblis dan syaitan. • Digalakkan orang yg beriman berzikir. - Zikrullah - Zikrul al Quran - Zikrul Maut • Orang yang sedang berpuasa akan nampak kesan taqwa. Ramai yang jaga akhlaq, Ibadat dan menuntut ilmu. • Janji Allah SWT kepada ummat yang berpuasa dan membangunkan ibadat dimalam hari dan bertadarus Al Quran akan diampun dosa mereka. • Bersedekah digalakkan juga didalam Ramadhan. Sesiapa yang memberi makan orang berbuka puasa akan mendapat pahala saperti pahala orang puasa. • Madarasah Ramadhan medidik umat menjalankan ibadah dengan IKHLAS. Wassalam

Ustaz Dr Syihabuddin 06/09/08

Tujuan orang yang beriman berpuasa hanyalah satu. Iaitu untuk menjadi orang yang BERTAQWA Apakah itu TAQWA • Ibnu Masaud denifisi orang bertaqwa: - mengikut perintah - menjauhi larangan - selalu mengingati - mencari keredhaan Allah SWT • Ibnu Abbas menyatakan - berjuang di jalan Allah - tidak takut cemuhan orang untuk menjalankan perintah agama - menengak hukum Allah SWT • Sayid Qutb As Syahid mendefinisikan taqwa saperti berikut. - Takut hanya kepada Allah SWT. - Malu apabila melakukan dosa. - Resah hati jika melakukan dosa dengan sengaja. • Bulan Ramadhan ini adalah satu medan untuk orang orang beriman mendidik diri untuk mencapai status orang yang bertaqwa. • Didikan yang tercapai dibulan Ramadhan dari aspek: - fisikal - iman - ilmu pengetahuan • Ibadat puasa dianggap oleh para ulama sebagai satu madarasah. Untuk membina taqwa degan cara mementapkan iman. Ahlaq juga dididik semasa berpuasa. • Akhlaq orang beriman ketika berpuasa: - wara' - syukur - alim Latihan dibulan puasa aka

Mendengar kuliah Ramadhan

Image
Para jemaah diMasjid Al Huda yang sedang menghayati kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Othman Hamzah selepas sembahyang sunnat tarawih. Sabtu 05 Sept 2008.

Ustaz Othman Hamzah 050908

Semalan di Masjid Al Huda selepas kita mendirikan solat tarawih lapan rakaat sahaja ada majlis ilmu yang diberikan oleh Ustaz Othman Hamzah. Diantara beberapa perkara yang harus diperingati pada bulan Ramadhan ini adalah tentang Al Quran. • Para Rasul mempunyai kelebihan yang dianugerahkan Allah SWT, merupakan mukjizat. Apabila Rasul- Rasul tersebut wafat maka hilanglah mukjizat itu. Tetapi ada satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak hilang walaupun baginda telah pun wafat. Mukjizat tersebut adalah Al Quran. • Ramadhan juga selain daripada diwajibkan berpuasa ia juga bulan yang diturukan AlQuran • Didalam bulan Ramadhan digalakkan membaca Al Quran • Quran itu kaya, tidak ada kekayaan yang lain melainkan nya • Kehidupan saorang muslim haruslah dijadikan Al Quran sebagai rujukkannya yang utama. Quran dihadapannya sebagai pemimpin yang akan membawanya ke-syurga. • Tetapi sesiapa yang membelankangi Al Quran maka ia pasti terjerumus kedalam ne

Dr Zulkifli Al-Bakri 040908

Saya sempat menghaziri satu majlis ilmu pada bulan ramadhan ini yang dianjurkan oleh SSA UniKL MIAT. Penceramahnya adalah ahli fakulti di USIM yang berdekatan dengan kampus UniKL MIAT. Ta sempat untuk mencatit semuanya, jadi intisari pun boleh lah. Topik kuliah berkisar dengan kupasan beberapa isu di bulan puasa ini. • Puasa adalah satu ibadah yang susah ditunjjuk- tunjjuk • Orang yang kurang kekuatan Imannya memang susah hendak melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna. • Dinding untuk menyelamatkan orang daripada berlaku jahat adalah dengan menghayati dan melakukan ibadah puasa. •Doa orang yang berpuasa itu cukup mustajab. Maka berdoalah sepuas-puasnya pada bulan yang mulia ini. Wassalam