Ustaz Azman 210908

Kuliah subuh di Masjid Al Huda yang disampaikan oleh Ustaz Azman.

Tajuk kuliah adalah TAKUT KPD ALLAH SWT.

Tercatit satu kisah dizaman Khalifah Saidina Omar. Satu ketika khalifah berjumpa dengan saorang pengembala kambing yang sedang menjaga kambing tuannya. Diminta supaya penjaga ini menjual beberapa ekor kambing. Sipenjaga ini enggan. Khalifah menyatakan bahawa tuannya tidak nampak dan jumlah kambing yang begitu banyak manalah tuan nya perasan. Khalifah terkejut mendengar jawapan penjaga kambing, " walaupun tuan aku tidak nampak tetapi Allah SWT tetap melihat". Serta dinyatakan lagi " saya tidak takut kepada tuan kambing ataupun khalifah, tetapi takut kepada Allah SWT sahaja".

Didalam mengendalikan hidup kita dan keluarga, akan menghadapi berbagai konflik untuk mempraktiskan kehendak agama. Kerana kita takut kepada banyak perkara selain daripada takut kepada Allah SWT. Kita sanggup membelakangi perintah Allah SWT semata-mata takut dicaci oleh manusia yang tidak beriman. Kadangkala yang kita khuatirkan itu hanyalah public opinion sahaja. Malah mungkin persepsi kita sahaja.

Untuk mencapai tingkatan takut kepada Allah SWT yang tersebut didalam Al Quran, memerlukan ILMU. Hanya orang yang berilmu tahu betapa susahnya kelak apabila berhadapan dengan realiti di hari akhirat nanti berhadapan dengan Allah SWT.

Suami dalam satu keluarga diamanahkan Allah SWT untuk membimbingkan isteri dan anak-anaknya untuk mendidik mereka supaya taat kepada hukum agama. Tetapi ramai yang ta' mampu melakukannya.
Dapat kita andaikan sebagai takut kepada opinion keluarganya daripada tetap bertegas membina hukum Allah SWT didalam keluarga sendiri. Anak isteri tidak menutup aurat tidak ditegurnya. Anak anak atau sesiapa sahajalah yang berada didalam rumahnya tidak bersolat dia diam sahaja. Keluarganya tidak menghayati islam dia rasa jika dia bertegas nanti mereka memboikotnya. Maka dalam konteks inilah dikatakan takut kepada yang lain daripada suruhan Allah SWT.

Disinilah kita merasakan yang untuk mencapai peringkat takut kepada Allah SWT itu amatlah susah. Melainkan orang yang berilmu dan beriman.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809