Ustaz Othman Hamzah 050908

Semalan di Masjid Al Huda selepas kita mendirikan solat tarawih lapan rakaat sahaja ada majlis ilmu yang diberikan oleh Ustaz Othman Hamzah. Diantara beberapa perkara yang harus diperingati pada bulan Ramadhan ini adalah tentang Al Quran.

• Para Rasul mempunyai kelebihan yang dianugerahkan Allah SWT, merupakan mukjizat. Apabila Rasul- Rasul tersebut wafat maka hilanglah mukjizat itu. Tetapi ada satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak hilang walaupun baginda telah pun wafat. Mukjizat tersebut adalah Al Quran.

• Ramadhan juga selain daripada diwajibkan berpuasa ia juga bulan yang diturukan AlQuran

• Didalam bulan Ramadhan digalakkan membaca Al Quran

• Quran itu kaya, tidak ada kekayaan yang lain melainkan nya

• Kehidupan saorang muslim haruslah dijadikan Al Quran sebagai rujukkannya yang utama. Quran dihadapannya sebagai pemimpin yang akan membawanya ke-syurga.

• Tetapi sesiapa yang membelankangi Al Quran maka ia pasti terjerumus kedalam neraka.

• Ahli syurga telah menjadikan kehidupan mereka didunia dahulu beroreintasikan kepimpinan Al Quran.

• Membaca Al Quran dimetaforakan sebagai perniagaan yang menguntungkan. Tanpa risiko. Jaminan untuk sukses. Malah mendapat mata ganjaran yang berganda ganda. Dia mendapat kemenangan didunia dan akhirat. Syurga lah tempat kembalinya.

• Orang yang menjauhkan diri daripada Al Quran akan mendapat kerugian didunia dan diakhirat. Tidak mendapat syufaat malah akan ditempelakan oleh Al Quran dihari hisabnya.

• Membaca serta perlu memahami isi Al Quran adalah dituntut. Membaca tanpa memahami dianggap cuai. Walaupun sikit hendaklah diajarkan kepada orang lain.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809