Ustaz Kamarudin 200908

Kuliah malam ini disampaikan oleh Ustaz Kamarudin mengenai malam lailatulqadar. Walaupun seminggu ini sudah beberapa kali ustaz- ustaz telah menyatakan; tetapi masih terdapat beberapa perspektif yang bagi saya sesuatu yang unik. Mungkin kuliah malam ini bukan yang terakhir bagi tuan guru membincangkan hal ini.



Malam lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Bersamaan 83 tahun 4 bulan. Sekali sahaja sudah melebihi hayat kita didunia ini, cuba bayangkan kalau kita sentiasa beristiqamah beribadat dibulan Ramadhan setiap tahun !!!



Keistimewaan malam lailatulqadar; Allah SWT menurun Al Quran dimalam tersebut. Tujuan Al Quran itu adalah untuk memberi petunjjuk kepada manusia. Hinalah mereka yang tidak beriman kepada Al Quran. Malah lebih jelik orang yang beriman setengah dan kurang yakin pada sebagian daripada Al Quran.



Jadi malam lailatul qadar itu bila? Hadith menyatakan sepuluh malam terakhir. Malam yang ganjil. Iman shafie menyatakan pada salah satu di malam 21, 23, 25 Ramadhan dan ia tidak tetap setiap tahun. Imam Ghazali pula menyatakan malam itu jatuh pada malam 25 Ramadhan. Dan ada juga para ulama' yang menyatakan pada malam 29 Ramadhan.



Walau bila pun malam itu, hendaklah kita berusaha beribadat di bulan Ramadhan ini dengan ikhlas. Jangan lah kita biarkan Ramadhan itu berlalu begitu sahaja. Malah Rasulullah bersabda celaka lah sesiapa yang berpuasa tetapi tidak diampunkan Allah swt. Neraka Weil lah bagi mereka.



Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809