Ustaz Azman 170908

Kuliyah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Azman saorang pendakwah bebas. Salah saorang penceramah yang ramai pengikutnya di Shah Alam ini. Ramai juga yang menghadhiri kuliyah pada pagi ini kerana hari ini cuti umum, Nuzul Quraan bagi Negeri Selangor.

Allah SWT telah memberi satu amanah kepada manusia yang tidak sanggup di pikul oleh mahluk yang lain, termasuk langit dan bumi. Amanah tauhid dan syariah yang diberikan kepada manusia yang merupakan agama Islam. Ada pandangan yang menyatakan yang amanah ini termasuk harta benda yang dianugerahkan Allah SWT.

Allah SWT telah memberikan hidayah kepada umat Islam sebagai nikmat. Sebagai balasan, manusia diminta menyampaikan risalah ini kepada semua manusia. Tetapi diakhir zaman ini umat Islam telah jauh menyimpang. Harta yang diberi Allah SWT tidak dibelanjakan kejalan agamanya. Cukup susah untuk memberi kepada yang memerlukan. Saperti sedekah kepada fakir miskin dan menyumbang didalam pembinaan masjid dan madarasah.

Amanah Allah SWT juga termasuk segala anggota tubuh badan manusia. Bagaimana dia menggunakan tangannya, kakainya, matanya dan seterusnya. Adakah perbuatan kita membawa kepada ketaatan kepada Allah SWT. Ataupun menyalahgunakan segala fakulti anggota badan kekancah maksiat. Kesannya adalah kehancuran diri, keluarga dan masyarakat.

Apasaja malapetaka yang terjadi didunia ini ada lah kerana tangan-tangan manusia. Begitulah maksud firman Allah SWT yang menunjjukan betapa zalimnya manusia ini !!! Sebab itulah Allah SWT menurunkan kitab kepada setiap generasi manusia ini saperti Al Quraan yang diberikan kepada umat Muhammad SAW. Ia merupakan pertunjjuk bagi manusia, sebagai syariat , 'WAY OF LIFE'. Jadi Quraan ini hendaklah dibaca dan difahami maksud 'message' nya. Bukan setakat membaca dengan berlagu-lagu sahaja tetapi tidak menghiraukan larangan dan kewajipan yang dinyatakan. Malah pada hari ini ramai yang membuat tafsiran mengikut nafsu. Mencari helah dan jalan untuk menghalalkan yang haram dan mengubah yang wajib. Ada yang mengubahkan hukum haram kepada makruh, hukum wajib menjadi sunnat. Alasan yang diberikan selalunya ada khilaf para ulama'. Sebagai contoh; menutup aurat itu wajib tetapi ada yang tidak menghiraukannya. Dengan memakai pakaian yang ketat yang menampakkan susuk tubuh. Merokok itu membawa banyak kemudharatan dan telahpun difatwakan sebagai haram. Tetapi ramai yang masih menyatakan hukum merokok itu makruh.

Menyampaikanlah amanah ini kepada yang hak. Itu lah kehendak agama. Ibu bapa hendaklah memastikan apabila hendak memilih menantu, pastikan yang dipilih itu memahami amanah Allah SWT kepadanya dan tanggungan nya. Janganlah hanya memilih menantu kerana harta benda dan kedudukan semata-mata tanpa meneliti amalan agamanya.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809