Ustaz Othman Abdullah 210908

Kehidupan ini adalah satu nikmat. Satu peluang. Satu ruang untuk memperhambakan diri kepada llahi. Ingatlah yang Allah SWT menjadikan manusia untuk
menyembahNya.

Rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya tidak dapat dihitungkan oleh manusia. Macam macam nikmat yang diberikan untuk membebaskan diri daripada api neraka. KeampunaNya, RahmahNya dan HidayahNya. Salah satu rahmatNya adalah sepuluh hari terakhir daripada bulan Ramadhan. Yang dikhususkan untuk menghindarkan manusia daripada api neraka.

Tidak ada agama didunia ini yang setanding dengan Islam. Setiap ibadatnya mempunyai kesan yang baik untuk mempertingkatkan darjat manusia melebihi kejadian hamba Allah SWT yang lain. Begitulah ibadah di bulan Ramadhan. Ianya menjadi sebagai madrasah untuk melatih diri mengharungi hidup sebagai seorang yang bertaqwa sepanjang tahun. Berpuasa, solat, sedekah, zakat dan hadzir kemajlis ilmu sebagai 'training' diri untuk mencapai 'high performance standard' serta tahap 'excellence'.

Para ulama menggunakan sepuluh hari terakhir Ramadhan mereka bersungguh dalam memperbanyakkan amal ibadat.

Sekiranya dibulan Ramadhan segala larangan dan suruhan Allah SWT dapat dipatuhi maka apabila diluar bulan Ramadhan samalah 'degree' kepatuhan. Tundukkan hawa nafsu. Latihan Ramadhan kejayaanya diukur bagaimana ibadah dilaksanakan diluar Ramadhan.

Dibulan Ramadhan para muslimin dilatih untuk bersolat jemaah. Bagaikan satu latihan untuk mempertingkatkan 'teamwork'. Maka jika diluar Ramadhan amalan ini diteruskan maka kuatlah masyarakat Islam. Pasti gementar musuh musuh Islam.

Latihan untuk mendidek manusia menjadi tabah dan sabar tidak dapat ditandingi dengan latihan yang diterima daripada madrasah Ramadhan. Maka sikap tabah dan sabar dapat diteruskan sepanjang tahun. Manusia yang tabah dan sabar itu hebat.

Wassalam/

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809