Ustaz Ahmad Yahya 200908

Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahya di Masjid Al Huda. Tajuk kuliah adalah bab kelebihan bulan Ramadhan.

Bulan mulia ini adalah penebus dosa bagaikan Allah SWT membakar segala kedosaan yang kita telah lakukan. Sama ada kita ketahui atau pun tidak.

Orang yang berpuasa juga dipesan supaya menjaga solatnya. Kerana ganjaran yang tidak terhingga. Bersujud serta berzikir dengan penuh tawadhu' semoga terdidik jiwa kita.

Melakukan ibadat dibulan puasa ini dijanjikan Allah SWT ganjaran yang tidak terhitung. Bagaikan perisai daripada bisikkan nafsu. Dengan janji keampunan daripada dosa dan terhindar daripada api neraka. Kerana manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada hasutan iblis dan syaitan yang terlaknat, melainkan dengan izin Allah SWT.

Pernah dicatat didalam kitab bahawa ada seorang alim yang diselamat dirinya daripada maut. Apabila ditanya siapakah orang yang meyelamatnya maka ia memperkenalkan diri sebagai iblis. Ditanya kenapa? Iblis menjawab jika dia membiarkan sialim itu mati maka dia sudah tentu mati didalam keadaan beriman, walhal jika dibiarkan hidup maka peluang untuk merasuknya masih ada. Supaya sialim mungkin mati didalam kekufuran. Kisah ini menunjjukan betapa iblis ini merupakan musuh kita manusia yang sebenarnya.

Ibadah puasa mendidik kita sebagai seorang yang jujur. Semoga kejujuran ini membentuk diri kita melakukan sesuatu kerana untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Ketaatan beribadat juga membentuk diri yang dapat beritiqamah melakukan ibadah dengan penuh kesempurnaan.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809