Posts

Showing posts from December, 2012

Ustaz Takiyuddin 291212

Ustaz Takiyuddin 291212 Ustaz Takiyuddin 291212 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Para sahabat Rasulullah SAW suka meminta nasihat daripada Baginda. Maka saorang sahabat meminta nasihat akan bagaimana mencapai kebahgian Kehidupan kita lebih baik dan bahagia sekiranya solat yang dikerjakan itu khusyuk Mencapai kekhusyukkan didalam solat akan menyempurnakan solat tersebut Manis rasanya jika solat kita tertumpu kepada Allah SWT semata-mata. Tanpa diganggu dengan masaalah duniawi semasa bersolat Solat itu dapat membawa sesaorang itu mencapai kedudukkan hati yang tenang. Merupakan satu terapi.... Orang yang beriman mengawal akan lidahnya Bercakaplah perkara yang baik Jauhkan bercakap perkara yang lagha Jangan membuat orang benci dengan kita kerana pertuturan yang tidak baik. Lidah yang selalu membuat dosa akan membawa kita keneraka Ciri- ciri manusia Ulul Albab Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bu

Ustaz Syihabuddin 281212

From Evernote: Ustaz Syihabuddin 281212 Tazkirah Jumaat, Masjid Al Huda Shah Alam • Kalimah Azam bermakud Cita cita, Kemahuan, Benda yang dibuat dimasa hadapan. • Sebagai orang Islam haruslah berazam dengan perkara yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. • Melakukan azam itu hukumnya harus. • Sekira azam itu didalam perkara yang baik Allah SWT akan memberi pertolongan dan baraqoh. • Orang yang melakukan azam sudah mendapat pahala, belum lagi dikerjakan. Maka digalakkan para mukmin melakukan azam. • Berazamlah dengan perkara yang baik. Ia bagaikan jambatan kita diakhirat. Melakukan sesuatu yang dapat menjauhkan kita daripada melakukan perkara yang berdosa. Berpindah daripada perkara haram menuju kepada perkara yang halal. • Orang beriman perlu berazam untuk tidak melakukan perkara yang bathil. Periksa dengan terperinci kehidupan kita yang lalu sekira terdapat perkara yang bathil. Kemudian berazam untuk menjauhkan diri daripa

Ustaz Nazri 241212

From Evernote: Ustaz Nazri 241212 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam. •Orang yang tidak beriman samalah sikap dan budi mereka sebagai binatang ternakan. • Mereka ini meletakkan harta dunia melebihi kejayaan akhirat. Tujuan hidup mereka tertumpu kepada perkara materialistik semata mata. • Allah SWT menjadikan malam bagaikan pakaian. Ia itu malam membawa kelesaan kepada manusia. Agar siang besoknya menjadi lebih baik. • Begitulah aturan Allah SWT... • Didalam perkitaran siang dan malam itu merupakan rahmat kepada semua makhlukNya. • Malam juga dijadikan orang yang solih untuk mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Mereka bersaorangan menangis mengenangkan dosa yang telah dilakukan. • Manusia ini berbagai. Ada yang menggunakan malam hari untuk beribadat. Ada yang menggunakan malam dengan melakukan perkara yang merupakan maksiat. Ada yang masih mengejar kemewahan duniawi. • ...untunglah mereka yang mengisikan malam harinya men

Ustaz Othman Hamzah 191212

From Evernote: Ustaz Othman Hamzah 191212 Kuliah Maghrib • Orang beriman haruslah mengikut cara Rasulullah SAW. • Menjadi Rasulullah SAW itu ikutan yang dicontohi. Didalam semua aspek kehidupan. • Segala apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW akan diamalkan tanpa berlengah-lengah. • Memahami nasihat yang terdapat didalam Al Quran, meletakkan Akhirat itu lebih baik daripada duniawi. • Orang yang beriman selalu mengingati Allah SWT. • Mudah mudahan mendapat kemenangan didunia dan akhirat. Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 091212

From Evernote: Ustaz Shamsuddin 091212 Kuliah Subuh • Menjalankan amal soleh itu perlu disegerakan. • Jangan menangguh akan melakanakan beribadat. Jangan dibiarkan masa itu berlalu tanpa diisi dengan amal ibadat yang soleh. • Sekiranya sesaorang itu  hanya menunggu masa yang lapang sahaja baru hendak beramal, maka masa itu mungkin tidak bertemu dengan diri kita. • Janganlah bertangguh beramal soleh oleh sebab kesibukkan mengejar duniawi. • Hamba yang jujur dan selalu mengharap kepada pertolongan Allah SWT akan beramal sepanjang waktu. Dia tidak membuang masa. Serta tidak menangguh memunaikan ibadah kepada Allah SWT. Mereka ini adalah orang FAKIR. • Orang yang melakukan ibadah secara istiqamah tanpa menangguh. Akan mendapat ketenanagan hidup. • Perlu dijalankan apa sahaja ibadah waktu malam dimalam hari, jangan dibawa diwaktu pagi. Begitu juga ibadah diwaktu pagi, jangan dibawa diwaktu malam. • Beribadah perlulah diketahui akan

My idea : Ustaz Zaid 281212

Ustaz Zaid 281212 Ustaz Zaid 281212 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Agama Islam memimpin manusia melalui alan yang lurus didalam hidup mereka didunia ini. Supaya mencapai kejayaan diakhirat kelak Al Quran merupakan qitab yang mengajar manusia supaya kembali kejalan yang lurus Al Maidah Ayat 15 Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. Yunus ayat 25 (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). Pertujuk kepada manusia didunia ini adalah untuk manusia bersyukur apabila

Ustaz Dato' Nizam 251212

Ustaz Dato' Nizam 251212 Ustaz Dato' Nizam 251212 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Siksa diakhirat itu dahsyat sekali Ramai ahli neraka merayu kepada Allah SWT dikembalikan kedunia semula Tetapi Allah SWT hanya akan mendengar didalam jangka masa 4 kali umur dunia Umur dunia sekarang mengikut ahli saintis adalah 4.5 bilion tahun ...sudah tidak ada lagi peluang untuk kembali ke dunia ini Para sahabat Rasulullah SAW Mereka bersabar didalam menghadapi ujian didunia ini Mempertahankan Islam dengan harta dan nyawa mereka Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi diri mereka sendiri Mereka dijanji syurga. Malah sepuluh orang sahabat dijanji syurga tanpa dihisab Kenali 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga http://penpatah.blogspot.com/2012/07/kenali-10-sahabat-yang-dijanjikan.html?m=1 Menjaga diri daripada siksaan diakhirat Jauhkan daripada perkara yang syubhat Dari segi makan, pak

Ustaz Abdul Halim 231212

Ustaz Abdul Halim 231212 Ustaz Abdul Halim 231212 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Khalifah Umar Abdul Aziz Pada tahun 100 H Khalifah Umar bin Abdul Azis memerintahkah kepada gubernur Madinah, Abu Bakar bin Muhammad bin Amer bin Hazm supaya membukukan hadis-hadis Nabi yang terdapat pada para penghafal. Umar bin Abdul Azis menulis surat kepada Abu Bakar bin Hazm yang berbunyi: Artinya: "Perhatikanlah apa yang dapat diperoleh dari hadis Rasul lalu tulislah. karena aku takut akan lenyap ilmu disebabkan meninggalnya ulama dan jangan diterima selain hadis Rasul SAW dan hendaklah disebarluaskan ilmu dan diadakan majelis-majelis ilmu supaya orang yang tidak mengetahuinya dapat mengetahuinya, maka sesungguhnya ilmu itu dirahasiakan. " http://dtkt.wordpress.com/2008/11/14/sejarah-penulisan-hadis/ Orang yang mendapat SYAFAAT Rasulullah SAW dihari akhirat "Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada orang bertanya kepada Rasullullah SAW., Sia

My idea : Ustaz Tajuddin 221212

Ustaz Tajuddin 221212 Ustaz Tajuddin 221212 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT memberi peringatan kepada orang- orang yang beriman Supaya mereka menjaga diri dan keluarga dibawah kawal selia daripada api neraka Surah At Tahrim, Ayat 6 Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. Manusia yang melakukan dosa... (Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu. (Al-

Dato' Nahrawi 171212

iThoughts Dato' Nahrawi 171212 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda MURAQOBAH Allah SWT sentiasa mengawasi setiap perbuatan hamba Nya Bertaqwalah kepada Allah SWT Dimana sahaja kita berada Contohnya: apabila pergi memenuhi jemputan walimatulurus, hendaklah mengikut cara Islam. Berpakaian menutup aurat. Ikutilah setiap kejahatan dengan kebajikan Nescaya kebajikan akan menghapuskan kejahatan Setiap kali kita terlajak melakukan dosa, hendaklah memohon ampun daripada Allah SWT. Mencapai tahap sebagai seorang yang bertaqwa, bergaullah sesama manusia yang akhlaqnya mulia Apabila memilih sahabat, carilah orang yang mempunyai akhlaqnya yang mulia. Sekira berkemungkinan carilah jiran yang berakhlaq yang baik. Makan keluarga kita terjamin. Patuhi perintah Allah SWT Nescaya Allah SWT akan memelihara kita Allah SWT akan bersama-sama dengan kita Perlihara dan kenali Allah SWT nescaya Allah SWT akan mengenali kita semasa susah Kebaikan dan keburukkan yang terkena kepada sesaorang kecuali dengan izin A

My idea : Ustaz Azman 161212

Ustaz Azman 161212 Ustaz Azman 161212 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Nabi Muhammad SAW itu diutus untuk memperbaiki akhlaq manusia Firman Allah: "Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam." Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia." Genta-rasa.com Didalam berbagai aspek, mempunyai ahlaq yang baik akan memperelokkan sesuatu kaum Jika jiwa sesaorang itu baik maka baiklah sesaorang itu Jika hati itu baik maka baiklah sesaorang itu Ukuran akhlaq yang baik atau tidak baik, adalah mengikut hukum Allah SWT Ukuran itu adalah mengikut kehendak Allah SWT walaupun ada golongan manusia yang tidak bersetuju Contohnya, jika bercakap hendaklah bercakap dengan benar. Walaupun ianya akan men

Ustaz Omar Bangsawan 051212

From Evernote: Ustaz Omar Bangsawan 051212 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda. • Didalam surah Al Fatihah, terdapat ayat Alhamdulillah..., yang bermaksud segala puji pujian itu hanya kepada Allah SWT. •  Juga diberi selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad, Rasulullah SAW. • Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri. • Kasih sayang boleh dibahagikan kepada kasih sayang sesama mukmin dan kasih sayang debgab bukan mukmin. • Sesama mukmin hendaklah saling nasihat menasihati satu sama lain. Mengajak melakukan amalan yang soleh dan melarang daripada terjebak dengan perkara yang mungkar. • Kepada orang yang bukan Islam berkasih sayang adalah dengan berdakwah kepada mereka. Menunjjukkan kemanisan dan kecantikan hidup beragama dengan Ad Deenil Islam. • Wassalam