Ustaz Shamsuddin 091212

From Evernote:

Ustaz Shamsuddin 091212

Kuliah Subuh

• Menjalankan amal soleh itu perlu disegerakan.

• Jangan menangguh akan melakanakan beribadat. Jangan dibiarkan masa itu berlalu tanpa diisi dengan amal ibadat yang soleh.

• Sekiranya sesaorang itu  hanya menunggu masa yang lapang sahaja baru hendak beramal, maka masa itu mungkin tidak bertemu dengan diri kita.

• Janganlah bertangguh beramal soleh oleh sebab kesibukkan mengejar duniawi.

• Hamba yang jujur dan selalu mengharap kepada pertolongan Allah SWT akan beramal sepanjang waktu. Dia tidak membuang masa. Serta tidak menangguh memunaikan ibadah kepada Allah SWT. Mereka ini adalah orang FAKIR.

• Orang yang melakukan ibadah secara istiqamah tanpa menangguh. Akan mendapat ketenanagan hidup.

• Perlu dijalankan apa sahaja ibadah waktu malam dimalam hari, jangan dibawa diwaktu pagi. Begitu juga ibadah diwaktu pagi, jangan dibawa diwaktu malam.

• Beribadah perlulah diketahui akan keutamaan. Yang dahulu didahulukan.

• Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail merupakan contoh yang terbaik. Didalam menjalankan perintah Allah SWT tanpa ditangguh.

• Saorang hamba itu akan menunaikan ibadah amal soleh tanpa ditangguh. Setiap masa diisi dengan amal.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914