Posts

Showing posts from June, 2009

Ustaz Abdul Halim 280609

Kuliah Subuh • Allah SWT menghendaki umat mukmin menjaga segala hukum- hukum agama. Supaya syiar Islam sentiasa suci dan mulia. • Sekiranya kita menjaga agama Allah SWT maka DIA akan menjaga kesejahteraan diri dan keluarga kita. Akan selalu didoakan oleh para malaikat. • Bagi sesiapa yang konsisten didalam kerja agama maka Allah SWT akan memberikan satu keperibadian yang teguh didalam agama. • Saorang imam disarankan supaya bersederhana didalam memilih surat ketika solat berjemaah. Kerana kemungkinan didalam saf jemaah terdapat orang- orang yang uzur, kanak- kanak, orang yang mempunyai hal yang segera. Perkara sedemikian juga dita'rifkan sebagai menjaga agama. • Menyimpan dan membuat patung dan apa yang bersangkut paut dengan nya, dilarang oleh agama. Membersihkan diri dan masyarakat daripada patung itu tergolong daripada amalan yang menjaga agama. • Menjalankan hukum Allah SWT juga termasuk didalam perbuatan yang menjaga agama. Nescaya Allah SWT akan menganuger

Ustaz Dr Badrul Amin 250609

Kuliah Maghrib • Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan merupakan bulan- bulan yang dimuliakan Allah SWT. • Digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat. Saperti berpuasa dan solat. • Orang beriman juga digalakkan untuk menuntut ilmu. Terutama ilmu Al Quran dan Hadith. • Memperkuatkan iman dan amalan untuk menjadi manusia yang tinggi darjat mereka. Amalan yang soleh itu membentuk diri manusia yang hebat. Sejarah telah membuktikan yang sedemikian. • Banyak isu dan masaalah yang dihadapi manusia pada hari ini adalah kerana krisis kemanusiaan itu sendiri. Manusia hari ini telah jauh daripada sifat kemanusian saperti malu, ikhlas, adil dan ehsan. • Apabila manusia telah hilang sifat-sifat kemanusiaan maka sifat jahat yang berlandaskan nafsu yang dirasuk oleh syaitan akan menggantikannya. Maka timbullah sikap korup serta tamak. Zalim serta menindas manusia yang lain. • Maka dibulan yang mulia ini Allah SWT menjalankan Nabi daripada Masjidil Haram kepada Masjidil Aqsa

Ustaz Azman 21609

Kuliah Subuh • Terdapat satu zaman yang Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar dihindar diri baginda dan sahabatnya. Dimana; - Ulama' tidak diikuti - Orang yg penyantun serta baik akhlaqnya tidak disegani. - Hatinya keras daripada orang Ajam - Lidahnya macam orang Arab yang fasihnya. • Hari ini sudah terdapat ciri- ciri dimana ulama' telah dipertikaikan. Sudah tidak dihormatinya. Ramai orang khuwatir serta tidak suka ditegur oleh para ulama'. • Orang yang berakhla' baik pun pada zaman ini sudah tidak dihormati lagi. Tidak merasa serba salah, 'guilt' kalau tidak berlaku baik. Ramai yang tidak lagi 'greet' orang- orang tua. Perasaan malu kepada orang orang yang berakhlaq jika melakukan maksiat sudah tiada. • Penerimaan kepada ajaran agama sudah mula menipis. Ramai dikalangan masyarakat yang keras hatinya utuk menerima nasihat agama. Perlakuan sihir dan dosa- dosa besar semakin berluasa. • Apabila ditegur oleh mereka yang berpen

Ustaz Kamaruddin 220609

Kuliah Maghrib Ada seorang lelaki bernazar ¤ berpuasa ¤ tidak mahu bercakap ¤ menjemur ditengah matahari terik. Rasulullah SAW memerintahi yang lelaki itu; ¤ berpuasa ¤ bercakap seperti biasa ¤ cari perlindungan daripada terik matahari. Bernazar itu perbuatan yang baik. Tetapi hendaklah mengukuti hukum syara' berlandaskan quran dan hadith. Bernazar kepada perkara yang sunnat dan harus sahaja. Yang wajib tidak perlu dinazarkan dan perkara yang makrukh dan haram jangan dinazarkan. Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 200609

Kuliah Maghrib Orang yang beriman hendaklah taat kepada segala perintah Allah SWT. Sekiranya hendak menikmati syurga Allah SWT. Sekiranya manusia itu boleh tahan kepada neraka Allah SWT. Maka buatlah maksiat sesuka hatinya. Janganlah orang yang beriman itu ingat bahawa ajalnya itu jauh lagi. Hakikatnya ajal itu boleh datang bila- bila masa sahaja. Janganlah orang yang beriman itu ingat bahawa hartanya yang dapat melindunginya. Hakikatnya rezki dan kesenanaganya datang daripada Allah SWT. Jangan kita menilik dosa kita yang tak nampak. Tetapi mengambil iktibar bahawa kita banyak melakukan dosa. Dosa yang kecil itu membawa kepada dosa yang besar. Agama kita akan menentukan keperibadian dan tabiat sesaorang itu. Kemudian ia akan menjadi darah daging nya. Memahami agama itu perlulah mempunyai ilmu akan hukum yang wajib, haram, sunat, makrukh dan harus Orang yang beriman tidaklah dia menyuruh orang melakukan kebaikan tanpa dia melakukannya Wassalam

Ustaz Ridzuan 190609

Kuliah Maghrib • Diakhir zaman ini bilangan umat Islam banyak sekali. Tidak ada bandinganya dengan zaman- zaman sebelum ini. • Tetapi bilangan yang banyak itu disegi quantitatif sahaja. Dari segi qualitatif tidak sama tandingnya dengan umat umat Islam zaman dulu. • Lemahnya umat pada hari ini daripada berbagai aspek. Termasuklah daripada aspek keimanan dan amalannya. • Ramai yang tidak memperbanyakkan amal soleh mereka. Daripada amalan fardu ain dan fardhu khifayah. Serta ramai yang mengerjakan maksiat tanpa perasaan segan dan silu kepada Allah SWT. • Perbuatan ini akan melemahkan umat Islam. Tidak ada pun perasaan gerun musuh Islam pada umat dewasa ini. Oleh kerana qualiti iman yang tipis maka Allah SWT mencabut perasaan takut musuh Islam yang wujud sekian lama. • Kelemahan iman dan amal soleh itu juga telah membuahkan sifat negatif didalam masyarakat Islam. Mereka diakhir zaman terlalu mencintai kepada dunia. Sifat materialis. • Kelemahan ini membawa Umat Islam d

Ustaz Yussof 070609

Kuliyah Subuh Kecemerlangan didalam Islam Kecemerlangan didalam individu tidak boleh ditafsir didalam konteks yang cetik. Hanya dengan mendapat banyak 'Pangkat A' didalam peperiksaan tidak cukup untuk dinamakan manusia yang cemerlang. Didalam Islam ciri-ciri manusia kecemerlang telah oun dicerminkan oleh keperibadian Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah contoh manusia cemerlang didalam berbagai aspek kepimpinan didalam konteks kepimpinan diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Baginda mempertunjjukkan satu keperibadian individu yang kuat, cekal, sabar, ambil berat kesusahan orang lain dan fokus didalam apa jua aktiviti yang diceburi. Contoh ini ditunjjukkan semasa baginda bersepian di gua Hira dan bersusah semasa berdakwah. Kejayaan yang dicapai oleh Baginda merupakan pencapaian yang 'world class'. Hari ini umat Islam harus berusaha mencapai tahap kecemerlangan didalam kehidupan didunia dan diakhirat. Menjauhkan diri daripada sikap esktrim didalam membawa dir

Ustaz Zaid 060609

Kuliyah Maghrib Hasil daripada mendirikan Solat Didalam solat sifat sabar adalah sesuatu faktor yang penting. Disertakan dengan kekhusyukkan semasa mendirikan solat. InsyaAllah walaupun berat untuk melaksanakan pasti solat itu akan membawa kebajikan dan kejayaan kepada orang mukmin. Ukuran kualiti didalam mendirikan solat adalah tingkatan (level of) kekhusyukkan sesaorang itu. Perkara ini adalah kunci sesaorang yang beriman untuk mencapai kejayaan didalam kehidupan dunia dan akhirat. Sesaorang itu akan mencapai kepuncaknya sifat bertaqwa. Mencapai solat yang khusyu' memerlukan ilmu yang cukup sapertimana solat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Faham akan kedudukan solat didalam haraki ibadat yang penting didalam Islam. Ia dikatakan tiang agama. Bermakna jika solat yang dilakukan tidak cukup mantap maka akan memberi kesan kepada bekalan akhirat sesaorang. Peranan solat yang khusu' adalah saperti berikut; ¤ mencegah maksit ¤ membentuk akhlak ¤ rasa bertuhan

Ustaz Syihabuddin 040609

Kuliah Maghrib • Rasa malu kepada Allah SWT Orang yang berakhlaq kepada Allah SWT malu apabila mereka:- ¤ melakukan maksiat ¤ tidak melakukan suruhan Allah SWT ¤ tidak berakhlaq dengan cara Islam Ramai pada hari ini jika diperhatikan sudah hilang rasa malu kepada Allah SWT • Yakin keagungan Allah SWT Keagungan dialam ini hanyalah kepunyaan Allah SWT. Tiada ada tandinganya. Kemudian itu kemuliaan adalah haq Rasulullah SAW. Selepas Allah dan Rasul NYA barulah dimuliakan orang orang yang beriman. • Taat kepada Allah SWT Bertakwa kepada Allah SWT akan diberi ganjaran hidup didunia dan diakhirat. Membetulkan dengan perangai yang baik. Rajin mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Mereka yang mentaati perintah Allah SWT dan Nabi SAW akan mendapat; ¤ keberkatan hidup didunia ini ¤ mendapat hidayah ¤ kuat menghadapi ujian hidup ¤ bebas daripada azab di alam barzah dan ahkirat ¤ mendapat ganjaran syurga • Berhukum dengan hukum Allah SWT didalam kehidupan Mer

Ustaz Taib Azimuddin 030609

Kuliah Maghrib Perkara yang haram didalam Islam itu adalah yang benda dan perbuatan yang buruk. Tidak mungkin ada percampuran antara yang buruk dan yang baik; untuk membawa kepada kebajikan. Janganlah ada didalam jiwa orang yang beriman sifat riak. Kerana sifat riak ini akan membawa kepada perkara yang buruk. Punca mengikut hawa nafsu adalah sifat riak. Orang beriman harus menghitung amalanya dan dibandingkan dengan mereka yang lebih alim daripadanya. Berusaha untuk mengikuti jejak langkah mereka didalam ibadah. Contohnya berapakah solat fardhu yang kita dirikan dengan berjemaah? Janganlah kita berlengah- lengah didalam beribadat. Adakah kita nak menunggu bila kita sudah mati barulah jasad kita dibawa kedalam masjid. Walhal semasa hidup tidak pernah melangkah kaki untuk mendirikan solat berjemaah didalam masjid. Adalah perbuatan yang baik jika orang yang beriman selalu beristighfar. Sebaik baiknya dijadikan sebagai tabiat berzikir selepas solat. Supaya tidak terlupa beris

Ustaz Ghazali Hasbullah 31/05/09

Kuliyah Aqidah Bahawasanya Allah SWT itu tuhan kita, Agama Islam itu Adeen, Alquraan itu imam kita dan Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu Nabi dan Rasul Allah. Orang yang tidak berakal disisi Allah SWT; • Dunianya dilebihkan daripada akhirat • Dilebihkan harta daripada agamanya • Melebihkan harta daripada ilmu • Suka mengumpul harta lebih daripada amalannya • Perkara yang baik itu tidak dicari • Tidak kenal dan mengetahui perkara yang jahat • Tidak mengetahui yang awal, ia itu Allah SWT • Tidak juga mengetahui yang akhir (juga Allah SWT) • Tidak mengetahui zahir yang sebenar-benarnya. Ia itu Allah SWT • Tidak mengetahui yang bathin, iaitu kekotoran jiwa kita. • Tidak ingat akan kematian. Manusia kebanyakkan pada hari ini lebih takut kepada orang yang berkuasa daripada patuh kepada Allah SWT. Allah SWT itu tidak sama dengan makhluknya. Ia tidak bertempat walaupun IA wujud. Ramai orang agak susah hendak memahaminya. Kita bernyawa, tetapi nyawa itu tidak bertempat, itu boleh dijadilkan dali