Ustaz Zaid 060609

Kuliyah Maghrib

Hasil daripada mendirikan Solat

Didalam solat sifat sabar adalah sesuatu faktor yang penting. Disertakan dengan kekhusyukkan semasa mendirikan solat. InsyaAllah walaupun berat untuk melaksanakan pasti solat itu akan membawa kebajikan dan kejayaan kepada orang mukmin.

Ukuran kualiti didalam mendirikan solat adalah tingkatan (level of) kekhusyukkan sesaorang itu. Perkara ini adalah kunci sesaorang yang beriman untuk mencapai kejayaan didalam kehidupan dunia dan akhirat. Sesaorang itu akan mencapai kepuncaknya sifat bertaqwa.

Mencapai solat yang khusyu' memerlukan ilmu yang cukup sapertimana solat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Faham akan kedudukan solat didalam haraki ibadat yang penting didalam Islam. Ia dikatakan tiang agama. Bermakna jika solat yang dilakukan tidak cukup mantap maka akan memberi kesan kepada bekalan akhirat sesaorang.

Peranan solat yang khusu' adalah saperti berikut;
¤ mencegah maksit
¤ membentuk akhlak
¤ rasa bertuhan
¤ kikis sifat mazmumah (kotor hati)

Setiap mukmin perlu melakukan 'self introspection' akan pencapaian kualiti solatnya. Mencari dimana yang dapat diperbaiki untuk mencapai standard yang telah di 'model' oleh Nabi Muhammad SAW. Pembetulan itu perlu dilakukan daripada pelbagai perspektif. Mungkin ilmu yang tidak mencukupi. Ataupun cara perlaksanaan yang kurang.

Mencapai tahap yang tinggi didalam solat sesaorang itu perlulah rajin;
¤ berusaha sungguh-sungguh
¤ tekun
¤ pandai mengurus masa
¤ tidak bertangguh

Solat itu penting didalam mencapai tahap yang tinggi didalam ketakwaan kepada Allah SWT

Wassalam



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914