Ustaz Dr Badrul Amin 250609

Kuliah Maghrib

• Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan merupakan bulan- bulan yang dimuliakan Allah SWT.

• Digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat. Saperti berpuasa dan solat.

• Orang beriman juga digalakkan untuk menuntut ilmu. Terutama ilmu Al Quran dan Hadith.

• Memperkuatkan iman dan amalan untuk menjadi manusia yang tinggi darjat mereka. Amalan yang soleh itu membentuk diri manusia yang hebat. Sejarah telah membuktikan yang sedemikian.

• Banyak isu dan masaalah yang dihadapi manusia pada hari ini adalah kerana krisis kemanusiaan itu sendiri. Manusia hari ini telah jauh daripada sifat kemanusian saperti malu, ikhlas, adil dan ehsan.

• Apabila manusia telah hilang sifat-sifat kemanusiaan maka sifat jahat yang berlandaskan nafsu yang dirasuk oleh syaitan akan menggantikannya. Maka timbullah sikap korup serta tamak. Zalim serta menindas manusia yang lain.

• Maka dibulan yang mulia ini Allah SWT menjalankan Nabi daripada Masjidil Haram kepada Masjidil Aqsa dan seterusnya ke Mikraj. Untuk memberi anugerah kepada baginda agar kelak dapat membentuk kemanusiaan yang patuh kepada ajaran Allah SWT.

• Bulan-bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadan diisi dengan amalan yang baik. Agar dengan pengisian amalan tersebut akan memperkasakan sifat kemanusiaan yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914