Ustaz Abdul Halim 280609

Kuliah Subuh

• Allah SWT menghendaki umat mukmin menjaga segala hukum- hukum agama. Supaya syiar Islam sentiasa suci dan mulia.

• Sekiranya kita menjaga agama Allah SWT maka DIA akan menjaga kesejahteraan diri dan keluarga kita. Akan selalu didoakan oleh para malaikat.

• Bagi sesiapa yang konsisten didalam kerja agama maka Allah SWT akan memberikan satu keperibadian yang teguh didalam agama.

• Saorang imam disarankan supaya bersederhana didalam memilih surat ketika solat berjemaah. Kerana kemungkinan didalam saf jemaah terdapat orang- orang yang uzur, kanak- kanak, orang yang mempunyai hal yang segera. Perkara sedemikian juga dita'rifkan sebagai menjaga agama.

• Menyimpan dan membuat patung dan apa yang bersangkut paut dengan nya, dilarang oleh agama. Membersihkan diri dan masyarakat daripada patung itu tergolong daripada amalan yang menjaga agama.

• Menjalankan hukum Allah SWT juga termasuk didalam perbuatan yang menjaga agama. Nescaya Allah SWT akan menganugerahkan kepada kita dan masyarakat kebajikan dan keamanan.

• Didalam solat sesaorang yang hendak meludah janganlah meludah kehadapan. Hendaklah dia meludah disebelah kirai. Begitulah adab ketika solat yang telah di susun dan dicontohi Rasulullah. Perkara yang sebegini juga diakira sebagai amalan menjaga agama.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914