Ustaz Ghazali Hasbullah 31/05/09

Kuliyah Aqidah



Bahawasanya Allah SWT itu tuhan kita, Agama Islam itu Adeen, Alquraan itu imam kita dan Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu Nabi dan Rasul Allah.



Orang yang tidak berakal disisi Allah SWT;

• Dunianya dilebihkan daripada akhirat

• Dilebihkan harta daripada agamanya

• Melebihkan harta daripada ilmu

• Suka mengumpul harta lebih daripada amalannya

• Perkara yang baik itu tidak dicari

• Tidak kenal dan mengetahui perkara yang jahat

• Tidak mengetahui yang awal, ia itu Allah SWT

• Tidak juga mengetahui yang akhir (juga Allah SWT)

• Tidak mengetahui zahir yang sebenar-benarnya. Ia itu Allah SWT

• Tidak mengetahui yang bathin, iaitu kekotoran jiwa kita.

• Tidak ingat akan kematian.



Manusia kebanyakkan pada hari ini lebih takut kepada orang yang berkuasa daripada patuh kepada Allah SWT.



Allah SWT itu tidak sama dengan makhluknya. Ia tidak bertempat walaupun IA wujud. Ramai orang agak susah hendak memahaminya. Kita bernyawa, tetapi nyawa itu tidak bertempat, itu boleh dijadilkan dalil aqli bagi hendak memahami kosep ketuhanan ini. Allah SWT berada dimana-mana.



Allah SWT itu adalah yang dahulu. Tidak ada yang mendahuluNya. Dia yang terakhir dan tidak yang akhir daripadaNya.



Wassalam







Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809