Ustaz Syihabuddin 040609

Kuliah Maghrib

• Rasa malu kepada Allah SWT

Orang yang berakhlaq kepada Allah SWT malu apabila mereka:-
¤ melakukan maksiat
¤ tidak melakukan suruhan Allah SWT
¤ tidak berakhlaq dengan cara Islam

Ramai pada hari ini jika diperhatikan sudah hilang rasa malu kepada Allah SWT

• Yakin keagungan Allah SWT

Keagungan dialam ini hanyalah kepunyaan Allah SWT. Tiada ada tandinganya. Kemudian itu kemuliaan adalah haq Rasulullah SAW. Selepas Allah dan Rasul NYA barulah dimuliakan orang orang yang beriman.

• Taat kepada Allah SWT

Bertakwa kepada Allah SWT akan diberi ganjaran hidup didunia dan diakhirat. Membetulkan dengan perangai yang baik. Rajin mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

Mereka yang mentaati perintah Allah SWT dan Nabi SAW akan mendapat;
¤ keberkatan hidup didunia ini
¤ mendapat hidayah
¤ kuat menghadapi ujian hidup
¤ bebas daripada azab di alam barzah dan ahkirat
¤ mendapat ganjaran syurga

• Berhukum dengan hukum Allah SWT didalam kehidupan

Merangkumi seluruh aspek sistem keadilan dan kehakiman yang menyeluruh dari berbagai segi kehidupan. Hukum yang terdapat didalam kitab Al Quraan. Serta diperjelaskan oleh Hadith Rasulullah SAW.

Kelebihan menjalankan hukum didalam Islam
¤ membina keadilan yang tulen
¤ ketegasan
¤ bersifat 'preventive'
¤ memberi rasa keadilan
¤ membawa 'benefit' bersama
¤ keikhlasan diantara mereka yang terbabit
¤ membawa keberkatan hidup dan diakhirat

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914