Ustaz Ghazali Omar 200609

Kuliah Maghrib

Orang yang beriman hendaklah taat kepada segala perintah Allah SWT. Sekiranya hendak menikmati syurga Allah SWT.

Sekiranya manusia itu boleh tahan kepada neraka Allah SWT. Maka buatlah maksiat sesuka hatinya.

Janganlah orang yang beriman itu ingat bahawa ajalnya itu jauh lagi. Hakikatnya ajal itu boleh datang bila- bila masa sahaja.

Janganlah orang yang beriman itu ingat bahawa hartanya yang dapat melindunginya. Hakikatnya rezki dan kesenanaganya datang daripada Allah SWT.

Jangan kita menilik dosa kita yang tak nampak. Tetapi mengambil iktibar bahawa kita banyak melakukan dosa. Dosa yang kecil itu membawa kepada dosa yang besar.

Agama kita akan menentukan keperibadian dan tabiat sesaorang itu. Kemudian ia akan menjadi darah daging nya.

Memahami agama itu perlulah mempunyai ilmu akan hukum yang wajib, haram, sunat, makrukh dan harus

Orang yang beriman tidaklah dia menyuruh orang melakukan kebaikan tanpa dia melakukannya

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914