Posts

Showing posts from May, 2023

Ustaz Ghazali Omar 300623

Kuliah Maghrib • Solat sunat dhuha adalah yang dituntut oleh Rasulullah SAW. • Waktunya bermula daripada waktu pagi yang ditentukan. • Solat Dhuha adalah 2, 4, 8 rakaat. Dua rakaat dua rakaat. • Solat sunat Tasbih juga digalakkan untuk dilakukan • Banyak ganjaran nya. • Solat disebelah malam dilakukan 2 rakaat dan dua rakaat. Diwaktu siang dilakukan 4 rakyat sekali gus. • Dibacakan tasbih didalam pergerakan tertentu sebanyak 75 kali setiap rakaat. • Solat tasbih digalakkan dilakukan seminggu sekali. Atau sebulan sekali. • Bagaimana diisikan masa selepas solat maghrib sambil menunggu solat Isyak. • Digalakkan menuntut Hadhir majlis ilmu. Jika tidak ada majlis ilmu, membaca Qur'an, berzikir, dan mendirikan solat sunat. • Sunat solat selepas insya 4 rakaat banyak fadilatnya dan digalakkan. • Makruh diisi waktu selepas insya dengan melalukan perkara yang lagha'. • Solat sunat tahajjud juga digalakkan. Dibaca ayat quran dengan tertil. • Wassalam.  

Ustaz Abdul Halim 280523

Kuliah Subuh • Setiap ibadah soleh yang dilakukan oleh tujuh anggota orang yang beriman merupakan sedekah. Seperti bertasbih, tahlil, ucapan alhamdulillah dll. • Perbuatan amal makruf dan nahi munkar adalah juga dikira seperti sedekah. • Solat sunat dhuha bila dilakukan mendapat pahala yang banyak. • Hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: "Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah." • Manusia tidak ada kuasa apa pun melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Perlulah sesaorang mukmin perlu selalu ingat yang dia tidak ada kuasa apa pun tanpa bantuan NYA. • Wassalam  

Ustaz Suhaimi 270523

Kuliah Subuh • Kehidupan didunia hendaklah mengikut jalan syariat. Jalan yang selamat. • Segala amal yang soleh merupakan bekalan diakhirat nanti. Setiap yang hidup akan menemui maut. • Bila seseorang individu meninggal dunia. Yang menghantarnya ke kubur adalah keluarga, harta dan amalan. Keluarga dan harta akan balik selepas ditanam. Yang tinggal bersama kita adalah amalan-amalan yang soleh. • Bagi orang yang beriman cita-cita mereka adalah bila tiba masanya kembali kerahmatullah maka kembalinya dalam keadaan baik, Husnul Khatimah. • Jauhlah daripada perbuatan yang membawa seseorang menyesali ketika maut menjemputnya kembali kerahmatullah. • Kehidupan melalui jalan syariat adalah yang terbaik. Membawa kebaikan dunia dan akhirat. Islam menunjukkan jalan didalam berbagai aspek kehidupan. Kehidupan bersyariat adalah kehidupan yang selamat. • Wassalam  

Ustaz Azman 210523

Kuliah Subuh • Orang yang beriman memuliakan tetamu. Ini merupakan ketentuan agama. • Ciri tetamu itu mereka mendatangi rumah kita selama tiga hari. Hadith yang membincangkan hal tetamu ini termasuk tetamu yang bukan muslim. • Orang yang beriman juga disarankan menjaga silaturahim. Tidaklah sempurna iman seseorang itu jika tidak menjaga hubungan dengan kaum keluarga. • Diperintah juga orang yang beriman menghubungkan silaturrahim yang terputus. • Digalakkan untuk memberi kepada orang yang memerlukan. • Diluaskan pintu rezeki bagi orang-orang yang menjaga silaturahim. • Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 200523

Kuliah Subuh • Bagi orang yang beriman ilmu yang bermanfaat adalah ilmu tauhid, ilmu fiqah dan ilmu tasawwuf. • Sebaik mungkin adalah ilmu yang membawa seseorang itu takut kepada Allah SWT. • Semakin tinggi ilmu seseorang itu semakin takut dia kepada Allah SWT. • Apabila dia kenal akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT maka tahulah dia betapa kerdilnya diri dibandingkan dengan penciptanya. • Hikmah ilmu yang diperolehi adalah dia merasa takut kepada Allah SWT. Setiap detik hidupnya sedar akan cara hidupnya yang perlu mengikut segala hukum yang ditentukan. • Sekiranya ilmu yang dipelajari seseorang itu membawa kepada kecintaan kepada kehidupan didunia, maka sesatlah dia dari jalan agama. Akan membawa kepada kelalaian kepada tanggungjawab melakukan amalan yang bersangkutan dengan akhirat. • Para Ulama adalah orang yang bertanggungjawab membimbing masyarakat kepada takut kepada Allah SWT. Mereka merupakan waris kepada rasul. • Maka masyarakat mukmin perlulah mendapatkan pandangan para ula

Ustaz Shukrie Alam Impian 170523

Kuliah Maghrib • Orang yang meninggalkan solat melakukan satu dosa besar. • Allah SWT menjadikan manusia adalah untuk beribadat kepada NYA. Solat merupakan satu ibadah yang besar. Diperintahkan  manusia mendirikan solat. • Solat adalah satu instrumen yang terbaik untuk manusia melakukan pengibadatan kepada NYA. • Seorang Islam yang menyatakan solat itu tidak diwajibkan bererti dia telah kafirkan dirinya. • Solat juga jika dilakukan dengan baik akan terlaksananya sikap kehambaan seseorang kepada penciptanya. • Pada tahun hijrah ke2 semasa Israk dan mikraj Baginda Rasulullah SAW, perintah solat diterima oleh nya. • Para ulama menyatakan yang cara bersolat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bersamaan dengan cara malaikat bersolat. • Orang yang bersolat itu sama mengerjakan perkara yang telah dilakukan oleh para rasul-rasul. • Orang yang bersolat juga diberikan cahaya yang akan diketahui oleh para malaikat dan orang lain diakhirat kelak. • Semasa sesaorang itu sujud, ketika itu dia palin

Ustaz Shamsuddin 140523

Kuliah Subuh • Ilmu terdapat dalam dua bahagian. Ilmu duniawi, fardu kifayah dan ilmu akhirat, fardu ain. • Ilmu yang memberi menafaat juga terdapat beberapa golongan. Ilmu ini juga berhubungan dengan Allah SWT. • Ilmu menafaat adalah ilmu yang terhampar cahaya didalam hati orang yang beriman. Maka bagi orang yang mempunyai ilmu baginya ilmu itu terang dan jelas. • Para ulama menjelaskan bahawa ilmu yang menafaat adalah ilmu yang bersangkutan dengan memahami suruhan dan larangan Allah SWT. Begitu juga ia memberi pengetahuan berkenaan mengenal Allah SWT. • Ilmu tauhid merupakan keutamaan bagi orang-orang yang beriman untuk memberi menafaat kepada dirinya. Dengan ilmu ini sesaorang juga dapat pengetahuan mengenai perkara yang ghaib, seperti syurga, neraka, malaikat dan sebagainya. • Cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT juga merupakan ilmu menafaat. Bagaimana mengerjakan solat, puasa DLL dengan sempurna. • Ulama juga membahagikan ilmu yang menafaat kepada ilmu tauhid, ilmu feqah d

Ustaz Lokhman Daud 120523

Kuliah Maghrib • Setiap anak Adam akan menghadapi sentapan... • Sentapan pertama adalah sentapan roh daripada jasad. Ia itu kematian. Manusia yang dimatikan adalah orang yang paling terkejut. • Seorang yang menghadapi kematian ia sendiri tidak menyangka yang dia akan mati. Bila mati dia akan berjumpa dengan makhluk yang tidak pernah dilihatnya. Kehidupan selepas mati merupakan satu suasana yang cukup berlainan daripada kehidupan dunia ini. • Kematian merupakan musibah yang paling dahsyat yang dihadapi manusia. Baginda Rasulullah SAW menyatakan agar orang yang beriman melakukan ibadah yang Soleh semasa hidup didunia ini. Kerana bila mati kelak tidak ada lagi amal ibadat. • Para sahabat memuliakan kehidupan mereka dengan iman. Dimana bila menghidapi musibah yang ditentukan Allah SWT keatas diri mereka, ia akan bersabar dan redha akan keadaan tersebut.  Mereka yakin yang bila dia bersabar dia akan dapat pahala. • Orang yang beriman perlulah yakin yang musibah adalah peluang untuk dirinya

Ustaz Dr Mohd Ali

Kuliah Maghrib • Sebagai orang yang beriman perlulah menyimpan dan memahami Al Quran didalam hati. • Ayat Al Quran sebanyak 6000 lebih itu hendaklah dipelajari. Untuk memudahkan sesaorang itu mempelajari dan menghafalkan ayat-ayat Al Quran perlulah dia sedar yang dia adalah seorang hamba Allah SWT. • Apabila seseorang itu selalu membaca dan memahami ayat-ayat Al Quran maka Kitab tersebut akan membentuk karakter seseorang itu. • Al Quran juga merupakan Shifa kepada sesiapa yang rajin membaca dan beramal dengannya. • Surah Al Baqarah ayat 177 •  لَيْسَ الْبِرَّاَنْ تُوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَالْمَلٰۤىِٕكَةِ وَالْكِتٰبِ وَالنَّبِيّٖنَ ۚ وَاٰتَى الْمَالَ عَلٰى حُبِّهٖ ذَوِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنَ وَابْنَ السَّبِيْلِۙ وَالسَّاۤىِٕلِيْنَ وَفىِ الرِّقَابِۚ وَاَقَامَ الصَّلٰوةَ وَاٰتَى الزَّكٰوةَ ۚ وَالْمُوْفُوْنَ بِعَهْدِهِمْ اِذَا عَاهَدُوْا ۚ وَالصّٰبِرِيْنَ فِى الْبَأْسَاۤءِ وَال

Ustaz Hafidz Ibrahim 100523

Kuliah Maghrib • 100 Sunnah Rasulullah SAW yang dilupakan... • Lakukan ibadah dengan sebaiknya. Ikut segala ketetapan syariat. Serta lakukan ibadah dengan ikhlas agar ia dapat terkesan dengan ibadah tersebut akan hidup kita. • Mengharap agar ibadah yang dilakukan memberi berkat kepada sesaorang itu. • Walaupun Ramadhan telah berlalu harap amalan di bulan tersebut perlu dilakukan didalam bulan- bulan yang lain. • Sesiapa yang dengar azan dilaungkan. Jawab azan tersebut. Hendaklah berselawat dan mohon diberikan wasilah keatas Baginda Rasulullah SAW.  Mudah-mudahan diberi selawat Allah SWT kepadanya sepuluh kali. Serta diberi syafaat Rasulullah SAW kepada nya. • Semasa berwuduk Rasulullah SAW  berkumur dengan membasuh hidung menggunakan satu tapak tangan. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. • Rasulullah SAW semasa solat apabila dia duduk bertasyahud diletakkan tangan kanannya dilutut kanan serta diangkat jari telunjuknya. Sementara tangan kirinya menggenggam diatas lutut kiri, dan d

Ustaz Rahmatullah 080523

Kuliah Maghrib • Kesan maksiat keatas sesaorang adalah dia akan lupa akan hari akhirat. Nanti bila dia kembali kepada Allah SWT dia akan merasa malu. • Seorang yang beriman hendaklah selalu mengingati akan hari perjumpaan kita dengan Allah SWT. Kenikmatan dunia yang melekakan tidak bernilai pada hari tersebut. Jika ketika dia kembali kepada NYA dengan penuh dengan kekufuran maka malanglah dia diakhirat nanti. • Bagi seorang mukmin kehidupan didunia ini perlulah dilalui mengikut cara hidup yang ditentukan Allah SWT. Maka seorang mukmin wajib tunduk dan patuh dengan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Islam ini berbeza dengan kepercayaan yang lain. • Sekiranya seseorang hidup mengikut cara yang ditentukan Islam maka dia akan dapat pahala. Dan sebaliknya jika dia hidup berpegang dengan cara yang diharamkan agama maka kehidupannya bergelumang dengan dosa. • Orang yang cara hidupnya dipenuhi dengan perkara yang haram, diakhir hayatnya dia pasti akan dipenuhi dengan kesesalan. Jika dia ti

Ustaz Yusof 070523

Kuliah Subuh • Orang yang beriman perlu selalu ingat akan hari akhirat. Yang mana satu tanda kecilnya adalah masa berlalu dirasa dengan cepatnya. • Bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat Ramadhan yang baru berlalu. Serta meraikan keluarga dan sahabat dibulan Syawal ini. • Surah Al Furqan ayat 63. Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; • Ayat diatas menjelaskan salah satu akhlak seorang mukmin yang disarankan oleh Allah SWT. • Seorang yang beriman mempunyai akhlak yang baik. Berjalan dengan cara yang bersopan. Mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja. Walaupun kepada mereka yang 'kurang ajar'. • Surah Al Furqan ayat 64: Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan b

Ustaz Syukri 060523

Kuliah Subuh • Kebanyakan orang bila diberi kesenangan mereka tidak bersyukur. Tetapi bila diberi kesusahan mereka mengeluh seolah-olah tidak pernah merasai kesenangan hidup. • Untuk bersyukur orang mukmin dididik untuk melihat orang yang lebih susah daripada kita. Kerana bila kita asyik melihat orang yang lebih kekayaan dunia daripada nya maka akan timbul rasa tidak senang. • Rasulullah SAW mengajar para sahabat bila melihat orang yang lebih kaya harta benda maka doalah kepada Allah SWT agar orang tersebut diberi keberkatan didalam hidupnya. • Seorang yang beriman bila dia mendapat rezeki yang banyak, dia akan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Memperbanyak infaq fisabilillah. Serta dia juga menjaga akhlaknya dengan orang lain. • Kenikmatan dunia ini sedikit sahaja bilangan nya jika dibandingkan dengan kenikmatan akhirat. Sebagai orang yang beriman perlulah dia sentiasa mempertingkatkan amalannya sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat. • Gunakanlah kekayaan didunia ini sebag