Ustaz Shamsuddin 140523

Kuliah Subuh

• Ilmu terdapat dalam dua bahagian. Ilmu duniawi, fardu kifayah dan ilmu akhirat, fardu ain.

• Ilmu yang memberi menafaat juga terdapat beberapa golongan. Ilmu ini juga berhubungan dengan Allah SWT.

• Ilmu menafaat adalah ilmu yang terhampar cahaya didalam hati orang yang beriman. Maka bagi orang yang mempunyai ilmu baginya ilmu itu terang dan jelas.

• Para ulama menjelaskan bahawa ilmu yang menafaat adalah ilmu yang bersangkutan dengan memahami suruhan dan larangan Allah SWT. Begitu juga ia memberi pengetahuan berkenaan mengenal Allah SWT.

• Ilmu tauhid merupakan keutamaan bagi orang-orang yang beriman untuk memberi menafaat kepada dirinya. Dengan ilmu ini sesaorang juga dapat pengetahuan mengenai perkara yang ghaib, seperti syurga, neraka, malaikat dan sebagainya.

• Cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT juga merupakan ilmu menafaat. Bagaimana mengerjakan solat, puasa DLL dengan sempurna.

• Ulama juga membahagikan ilmu yang menafaat kepada ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawwuf. Bagi sesaorang yang beriman segala aspek ilmu- ilmu tersebut perlulah digabungkan semasa beramal dengannya. Jangan dipisah pisahkan didalam mempelajari dan beramal. Kerana setiap cabang ilmu itu penting untuk memahami agama Allah SWT ini.

• Ilmu agama yang ketiga- tiga ini bila dipelajari serta difahami, diamalkan memberi kesan keatas orang yang beriman. Para ulama mengkiaskan ilmu itu sebagai cahaya didalam hati orang yang beriman. Menerangkan jalan untuk mencapai kesempurnaan melakukan ibadah kepada Allah SWT.

• Ilmu menafaat itu juga dapat memberi ketenangan kepada sesaorang yang beriman dengannya. Dia dapat menerima akan ketentuan yang terjadi keatas dirinya. Cepat dia memohon ampun dan bertaubat. Sentiasa bersyukur akan setiap nikmat yang dianugerahkan Allah SWT keatas diri.

• Dengan ilmu juga sesaorang dapat memperbaiki dirinya daripada sifat-sifat yang tercela. Jauh dari sifat buruk seperti riak, sombong, dengki dan fitnah.

• Hati yang bersih merupakan keutamaan untuk memahami ilmu yang diperingkat tinggi. Hati yang cintakan kehidupan mewah dunia yang berlebih lebihan yang dilihatkan cantik oleh nafsu. Hati sebegini susah mendapat memahami ilmu-ilmu agama yang bersangkutan dengan perkara ghaib.

• Ilmu juga dapat mengubahkan karektor sesaorang daripada sifat cinta diri sendiri kepada sifat yang mengambil berat akan orang-orang yang susah disekelilingnya. Hatinya sensitif akan keperluan orang yang kurang rezeki dan kesihatan nya.

• Ilmu agama Islam yang ketiga- tiga cabang itu dapat mendekatkan seseorang itu dengan jalan ke-syurga. Serta dijauhkan diri daripada perkara-perkara yang membolehkan seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka kelak.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914