Ustaz Suhaimi 270523

Kuliah Subuh

• Kehidupan didunia hendaklah mengikut jalan syariat. Jalan yang selamat.

• Segala amal yang soleh merupakan bekalan diakhirat nanti. Setiap yang hidup akan menemui maut.

• Bila seseorang individu meninggal dunia. Yang menghantarnya ke kubur adalah keluarga, harta dan amalan. Keluarga dan harta akan balik selepas ditanam. Yang tinggal bersama kita adalah amalan-amalan yang soleh.

• Bagi orang yang beriman cita-cita mereka adalah bila tiba masanya kembali kerahmatullah maka kembalinya dalam keadaan baik, Husnul Khatimah.

• Jauhlah daripada perbuatan yang membawa seseorang menyesali ketika maut menjemputnya kembali kerahmatullah.

• Kehidupan melalui jalan syariat adalah yang terbaik. Membawa kebaikan dunia dan akhirat. Islam menunjukkan jalan didalam berbagai aspek kehidupan. Kehidupan bersyariat adalah kehidupan yang selamat.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914