Posts

Showing posts from October, 2019

Ustaz Shamsuddin 191019

Kuliah Subuh ✓ Nafsu itu selalunya mengajak kita kedalam maksiat. Jika maksiat itu yang terang senang untuk kita melawan. ✓ Tetapi ada kalanya nafsu itu terdapat didalam kita melakukan ketaatan. ✓ Ada juga orang yang memperbanyakkan amal ibadahnya kerana hendak sesuatu hajat. Ada yang inginkan anugerah Allah SWT mendapat karamah. Perkara ini tersembunyi. ✓ Melakukan ibadah kerana lain daripada Allah SWT itu juga satu kesilapan. Yang mendorong kearah itu adalah nafsu. Ini menunjukkan bahawa nafsu ini merasuk sesaorang itu didalam taat. ✓ Nafsu pada mulanya didalam perkara yang halal. Tetapi lama kelamaan nafsu mengajak sesorang melakukan berlebih lebihan sehingga membawa dosa. ✓ Yang lebih sulit untuk mengesankan nafsu yang berada didalam sesaorang ketika didalam taat. Nafsu mengajak sesaorang berimpikan ganjaran didalam melakukan ibadah seperti di puji orang, mendapat anugerah karamah, dinaikan pangkat dan lain-lain. Kerana nafsu ibadat sesaorang itu terbatal, kerana ia melakukan ibada

Ustaz Zaki 181019

Kuliah Maghrib ✓ Majlis Agama Islam Negeri Selangor telah menetapkan bahawa ajaran Islam bermazhabkan Syiah itu salah satu daripada ajaran yang sesat. ✓ Ajaran Qiadani itu difatwakan terkeluar daripada Islam. DiMalaysia kumpulan ini menamakan kumpulan mereka Ahmadiah. ✓ Hizbut Tahrir juga difatwakan sebagai ajaran sesat. Disebabkan seperti berikut: • anggap pemimpin Islam yang mengamalkan sistem demokrasi sebagai kafir • Negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi sebagai kufur • tidak menerima qada' dan qadar • berpegang kepada kadariyah • kepentingan Siasiyah (politik) daripada Rububiyyah • Menolak sama sekali hadis yang lemah • Nabi dan Rasul sebelum diangkat bukanlah maksum. ✓ Ramai orang tertarik kepada ajaran sesat kenapa? Didalam AL Quran menyatakan yang syaitan  yang memesongkan manusia berkenaan. ✓ Perlulah orang beriman menghindari daripada gejala ajaran sesat ini. ✓ Wassalam

Ustaz Hubain 15/10/19

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman digalakkan menunaikan ibadah sunat. Salah satu cara untuk mendapat rahmat Allah SWT. Supaya dekat dengan Rasulullah SAW dan Allah SWT Dihari akhirat kelak. Mendapat syurga... Insyaallah. ✓ Ketinggian iman adalah bagi orang yang hidupnya adalah untuk memberi kebahagian kepada orang lain. Memberi khidmat kepada orang ramai. Berkongsi segala harta bendanya dengan orang yang susah dan yang memerlukan bantuan. ✓ Ahli keluarga hendaklah memberi perkhidmatan yang baik sesama sendiri. Anak kepada ibu bapa. Isteri kepada suami dan sebaliknya. Ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ini adalah kehendak akhlak agama Islam. ✓ Saidina Khadijah menjaga kehendak Rasulullah SAW. Dijalankan dengan baik. Sehingga malaikat Jibrail membawa salam Allah SWT kepada nya. ✓ Orang yang beriman hendaklah berlaku benar. Bercakap dengan benar. Menjadi saksi yang benar. Jauhkan diri daripada menjadi saksi yang palsu ✓ Wassalam

Ustaz Rahmatullah 141019

Kuliah Maghrib ✓ Ada sekelompok orang yang beriman dimasa dahulu yang rasa malu jika mereka tidur malam terlalu lama. ✓ Mereka gembira diwaktu malam. Dapat beribadat dengan penuh tawaduk. Mereka dapat beribadat kerana Allah SWT semata-mata. ✓ Imam Shafie membahagikan malamnya kepada tiga bahagian. Satu bahagian untuk menulis. Satu bahagian untuk beribadat. Dan satu bahagian untuk berehat. ✓ Imam Shafie bila beribadat malam dia menunaikan solat dan membaca Qur'an. Bila membaca ayat mengenai rahmat dia mendoakan agar diberikan kepada nya berkat dan juga seisi umat mukmin. Begitu juga jika dia membaca ayat mengenai azab, dia mendoakan dijauhkan azab untuk dirinya dan seisi umat mukmin. ✓ Abu Sulaiman Ad Darani merasa seronok apabila tiba waktu malam. Kerana hidupnya rasa puas apabila tiba malam hari. Kerana dia dapat melakukan ibadat diwaktu malam. ✓ Rabi'ah Adawiyah juga banyak melakukan ibadat diwaktu malam. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Apabila tiba fajar maka dia merasa

Usta Firdhaus 121019

Kuliah Subuh ✓ Piagam Madinah merupakan satu rangka perjanjian diantara beberapa kaum dibandar tersebut. Baginda SAW berjaya membawa kaum kaum yang selamanya berperang satu sama lain berdamai didalam piagam tersebut. ✓ Piagam tersebut juga memberi ruang kebajikan kepada semua yang bermastautin di bandar Madinah. Orang Islam dan yang bukan Islam dapat hidup didalamnya dengan aman. ✓ Orang-orang Kuraish Mekah apabila mereka berdagang jauh hinggalah ke Syam. Rombongan perdagangan mereka terpaksa melalui dekat dengan Madinah. Orang Islam diMadinah sering memerhatikan pergerakan orang Kuraish tersebut. ✓ Baginda SAW memberitahu para sahabat ini merupakan peluang bagi mereka merampas kembali harta mereka yang curi orang-orang Kuraish semasa orang Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah. ✓ Orang Mukmin mula melancar beberapa serangan keatas kabilah perdagangan Kuraish. Segala harta rampasan itu digunakan untuk membina kerajaan Islam di Madinah. Didalam Al Quran menyatakan  bagaimana harta peran

Ustaz Dr Syahibuddin 101019

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang selalu bertaubat dianugerahkan Allah SWT semangat dalam menjalani kehidupan. ✓ Kehidupan didunia ini perlulah dilalui dengan baik. Kerana dunia ini adalah jambatan untuk menuju ke akhirat. ✓ Untuk mencapai kejayaan didunia dan diakhirat, sesaorang yang beriman perlulah selalu memohon keampunan dan bertaubat diatas segala dosa yang telah dilakukan. Sama ada sedar atau tidak sedar semasa melakukan dosa. ✓ Sejarah telah membuktikan bahawa apabila umat Islam mendirikan segala hukum hakam agama Islam, Allah SWT akan membantutkan ummah. ✓ Kejayaan kepada mereka yang selalu bertaubat diatas segala kesalahannya. Jika kita menjaga agama Allah SWT, maka Allah SWT juga akanenjaga Kita. Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 091019

Kuliah Maghrib ✓ Bersabar mendirikan solat. Dapat membawa ketenangan kepada orang yang beriman. ✓ Orang yang bersolat secara istiqamah, dia tidak akan ditimpa dukacita. Kemurungan serta stress yang berlebih-lebihan. ✓ Orang yang menjaga solatnya disetiap waktu. Solatnya akan menghalangnya daripada melakukan maksiat. ✓ Sesiapa yang leka didalam solatnya seperti golongan solat orang munafiq. ✓ Solat itu ada yang zahir dan ada yang batil. Yang zahir itu boleh dilihat orang. Yang batin itu  merupakan perkara yang didalam hatinya. Betapa khusyuk. ✓ Kesempurnaan solat harus dijaga dengan baik. Jaga fokus hati untuk mencapai kekhusyukan solat. Memahami akan bacaan yang ada didalam solat. ✓ Wassalam

Ustaz Ali 081019

Kuliah Maghrib ✓ Amalan yang baik semasa hendak keluar daripada rumah adalah membaca "Kalimat "Hauqalah" atau (لا حول ولا قوة إلا بالله) "laa haula wala quwwata illa billah"   ( Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah ) Agar kita mendapat perlindungan Allah SWT. ✓ Orang yang beriman hendaklah menjauhkan diri daripada sifat-sifat dengki. ✓ Jangan menyangka sesuatu yang buruk keatas orang lain. Walhal orang yang kita sangka itu mungkin lebih baik daripada kita. ✓ Kita hendaklah bersangka baik. Jangan kita mengharap sesuatu keburukan akan terjadi keatas orang yang kita tidak suka. ✓ Jangan juga kita mempercayai perkara yang karut. Yang tidak ada Nas didalam agama. Percaya kepada benda benda yang negatif. Kepercayaan orang jahiliyah. ✓ Apabila kita mendengar perkara yang pelik pelik. Jangan cepat mempercayai akan mitos yang buruk. Kembalilah semua perkara kepada Allah SWT. Berkata lah akan kebesaran Allah SWT. Bertasbih dan berzikir itu leb

Ustaz Rahmatullah 071019

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW bersolat sunat dirumahnya. ✓ Semasa solat malam bersolat sunnat dengan membaca surah yang panjang panjang. ✓ Ada ketika diwaktu solat malam secara duduk. Ini berkemungkinan kerana Baginda membaca ayat ayat yang panjang. ✓ Dibulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli keluarganya untuk bersolat malam. Seperti solat tahajud. ✓ Fadhilat orang yang mendirikan solat tahajud, muka mereka berseri. Mereka dimainati oleh ramai orang yang melihatnya. ✓Qiamulail merupakan satu amalan orang orang yang Soleh. Cari mendekatkan diri kepada Allah SWT. ✓ Orang yang bangun malam dan membaca Al Quran, Orang yang bersedekah dan Orang yang berjihad. Merupakan golongan yang disayangi oleh Allah SWT. ✓ Tempat yang terbaik mendirikan solat tahajud adalah didalam rumah sendiri. ✓ Orang yang Soleh mendapati kenikmatan apabila mereka mendirikan solat malam. Ia merasa dirinya dekat dengan Allah SWT. ✓ Wassalam

Ustaz Othman Ahmad 061019

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman apabila melakukan sesuatu amalan akan dimulai dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim dan setelah selesai akan diucapkan Alhamdulillah. ✓ Termaktub didalam Al Quran bahawa Allah SWT menjadikan jin dan manusia adalah untuk menyembah NYA. ✓ Dihari akhirat kelak setiap jiwa akan dipersoalkan akan segala amalannya. Sama ada kehidupan didunia mengikut perintah Allah SWT. ✓ Allah SWT tidak melihat akan rupa paras atau keturunan sesaorang. Tetapi yang dilihat adalah hati yang sentiasa bertakwa. ✓ Bagi orang yang beriman contoh yang paling baik adalah segala perbuatan dan ucapan Rasulullah SAW. ✓ Didalam Islam susunan ilmu terbagi kepada tiga bahagian. Ilmu Aqidah, Ilmu Syariah, Ilmu Tasawwuf. ✓ Alim ulama' yang tinggi ilmu mereka berakhlak tinggi. Merendah diri. Tidak bermegah megah dengan ilmu yang mereka miliki. ✓ Manusia dan jin, diminta mempertanggungjawabkan segala amalan nya pada hari akhirat kelak. ✓ Maka pentingnya orang yang beriman belajar ilmu

Ustaz Yusof 061019

Kuliah Subuh ✓ Sesiapa yang menunaikan solat subuh berjemaah itu sangat mulia. Status ibadahnya tinggi. ✓ Disusuli dengan berzikir selepas subuh serta solat sunnat selepas waktu syuruk. ✓ Mengharap agar ibadah itu dapat mencorak karakter diri seorang mukmin. ✓ Agar masyarakat mukmin jauh daripada sikap buruk diakhir zaman. Seperti terlalu berseronok, menipu, fitnah dan yang lain- lain lagi. ✓ Orang yang beriman hendaklah berusaha menimba ilmu agama. Kerana ilmu itu penting. Mengatasi segala ilmu- ilmu. Ramai cendikiawan mengakui hakikat ini . ✓ Bangun awal di pagi hari untuk kemasjid serta menunaikan kewajipan bersolat subuh membuktikan keimanan. Sesuatu ibadah yang disukai Allah SWT. Ganjarannya yang besar. ✓ Menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang tercela. Sombong, takbur, riya', dengki, fitnah dan sebagainya. ✓ Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 011019

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman hendaklah menjaga solatnya. Terutama solat fardhu asar. Kerana waktu asar ini rumit untuk mengerjakannya. ✓ Ketika seseorang itu berada diluar kawasan seperti pergi mengerjakan umrah. Hendaklah mengambil berat tentang waktu solat. ✓ Diwaktu peperangan para sahabat tetap juga menjaga solat mereka. Mereka melakukan secara jemaah. Mereka melakukan solat secara solat Khauf. ✓ Semasa mengerjakan solat perlu dilakukan dengan secara baik. Kerana waktu itu kita sedang menyerah diri kepada Allah SWT. Memohon ampun dan bertaubat diatas segala dosa-dosa yang dilakukan. ✓ Kena ada rasa takut jika tidak menjaga solatnya. Kerana dihari akhirat kelak takut tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman yang berjaya masuk syurga. Solat yang dilakukan hendaklah dijaga kekhusyukannya agar diterima amalan tersebut. ✓ Orang yang beriman hendaklah menjaga amanah. Apabila berjanji hendaklah ditunaikan. Sentiasa bercakap benar. Dan menjaga solat. ✓ Wassalam