Posts

Showing posts from December, 2021

Ustaz Shamsuddin 311221

Tazkirah Jumaat • Kehendak manusia tidak sama dengan kehendak Allah SWT. Apa yang DIA kehendaki pasti akan terjadi. • Manusia tidak mahu berhadapan dengan mala petaka tetapi jika Allah SWT menghendaki ia terjadi, tiada siapa yang dapat menghalangnya. • Kepada kehendak Allah SWT bersandar sesuatu kejadian. • Disebalik ketentuan Allah SWT ada hikmahnya. Ada rahsia. Ada kebaikan untuk hambaNya. • Orang yang beriman percaya apa sahaja yang terjadi adalahlah dengan kehendak Allah SWT. • Allah SWT yang maha berkuasa dan maha mengetahui apa yang manusia tidak tahu. • Surah Al Ana'am 115. Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. • Didalam hal keadaan banjir di Shah Alam baru baru ini hendaklah orang-orang yang beriman memikirkan apakah hikmah disebalik kejadian itu. • Sedarlah didalam apa

Ustaz Dato' Nizam

Kuliah Maghrib • Surah Ali-Imran 102. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. • Didalam Al Quran terdapat banyak ayat yang menyebut pujian kepada Allah SWT. • Bagi orang yang beriman walaupun apa sahaja yang berlaku kepada nya dia tetap menyebut Alhamdulillah. • Rasulullah SAW mengajar para sahabat apabila mereka bersin, sunat membaca Alhamdulillah. • Rasulullah SAW membina para sahabat menjadi pemimpin yang bijak dan ahli ilmuan. • Apa yang dibina Rasulullah SAW turun kepada kita hingga ke hari ini. Yang merupakan para ilmuan dan pendakwah. Begitulah rahmatnya hingga kita menjadi orang yang beriman. • Kekuatan orang mukmin juga didalam kesucian rahim ummah. • Wassalam  

Ustaz Abd Halim 261221

Kuliah Subuh • Orang yang beriman yang mengajak kepada kebaikan maka diberinya pahala akan orang yang melakukan kebaikan itu tanpa dikurang sedikit pun. • Berniat melakukan sesuatu kebaikan akan menimbul keikhlasan. • Didalam melakukan sesuatu ibadat, akan terdapat hasutan-hasutan yang melalaikan ibadah tersebut. Orang yang ikhlas berniat melakukan kebaikan itu kerana Allah SWT akan berjaya melawan gangguan. • Allah SWT menghargai akan apa yang tersirat didalam hati seseorang yang melakukan kebaikan. • Setiap amalan yang baik perlulah dimulai dengan niat kerana Allah SWT. • Sebaliknya melakukan apa sahaja amalan yang baik kerana hendak memuaskan manusia. Maka perkara tersebut merupakan syirik. • Begitu juga apabila seseorang itu tidak melakukan apa-apa amalan yang baik kerana mengikut kehendak manusia itupun merupakan perbuatan syirik. • Sesaorang yang melakukan kebaikan kerana Allah SWT selain daripada mendapat pahala dia juga dijaga oleh NYA. • Wassalam  

Ustaz Fazrul 251221

Kuliah Subuh • Setiap Rasul mendapat wahyu. • Bagi Nabi Muhammad dia menerima wahyu merupakan Al Quran • Penting bagi orang yang beriman selalu membaca dan menyebarkan Al Quran. • Menghidupkan jantung Al Quran. • Surah Al Kahfi: (1) Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong). • Bagi orang yang beriman perlulah memastikan yang dijaga Al Quran itu subur didalam kehidupan kita. Selanjutnya menyebarkan risalah itu kepada ahli keluarga dan komuniti. • Surah Al Kahfi ayat ke 2; (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. • Bagi yang sihat jantung Al Quran, mereka banyak melakukan amal yg Soleh. Walaupun ha

Ustaz Yahya 221221

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman apabila mereka menghadapi bencana dia bersabar. • Dapat melihat dari sudut yg berbeza. • Merebut peluang untuk melakukan kebajikan. Seperti mengeluarkan derma kewangan, bantuan makanan dan memberi kelengkapan untuk meringankan kesusahan. • Ada juga mereka yang apabila menghadapi bencana dia segera bertaubat. • Dirasa bencana itu kerana kerosakan daripada tangan- tangan manusia. • Sedar akan kealpaan dirinya akan tanggungjawab agama sebelum ini. • Bencana ini juga terjadi kerana turunnya bala' akan sebab kita tidak memakmurkan rumah Allah SWT. • Untuk mendapat rahmat Allah SWT supaya dilindungi kita dari bala bencana adalah dengan memakmurkan rumah Allah. Dan juga bangun untuk solat malam. • Kebersihan daripada najis juga salah satu usaha menghindarkan diri daripada bencana. Orang mukmin hendaklah peka akan kebersihan tandas dan kawasan rumah. Kotoran itu menjemput syaitan memastautin. • Orang mukmin juga menjaga akhlak yang baik. Berbaik sesama m

Ustaz Firdaus 211221

Kuliah Maghrib • Sebuah riwayat menceritakan seorang yang sepatutnya dimasukkan dalam neraka. Sekiranya ia mengenali orang yang Soleh ia akan dimasukkan ke dalam syurga. • Tetapi dia tidak kenal seorang pun. Maka diperintahkan yang dia masukkan ke dalam neraka. • Semasa diheret malaikat kearah neraka, hamba itu merayu kepada Allah SWT. Yang hatinya mengenal akan kebesaran NYA. Tidakkah itu lebih besar daripada orang yang Soleh. Maka diperkenankan permohonannya. • Seorang sahabat menyatakan yang dia suka kehidupan selepas wafatnya Baginda walaupun penuh kesedihan kerana... Berpuasa diwaktu hari yang panas, bersolat tahajud dimalam hari, dan pertemuan dengan orang- orang yang soleh. • Seorang yang soleh, yang juga cucu Saidina Abu Bakar dipotong kakinya kerana sakit. Walaupun hanya tinggal satu kaki sahaja dia masih juga rajin mengerjakan solat tahajud. Bila ditanya anaknya kenapa bersusah-payah. Dia menyatakan bahawa Baginda Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat tahajud walaupu

Ustaz Fazrul 191221

Kuliah Maghrib • Allah SWT menjadi sesuatu sebagai nikmat atau ujian. • Surah As Sajadah ayat 4: Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? • Didalam Al Quran terdapat ayat seumpama ini dibeberapa surah. Untuk menjadi peringatan. • Didalam situasi apapun kita harus beringat yang DIA yang berkuasa. Seperti kejadian Covid 19 dan banjir yg dihadapi masyarakat. • Walaupun sebagai masyarakat moden dengan kelengkapan yang canggih, persiapan apa pun jika Allah SWT henda

Ustaz Shamsuddin 121221

Kuliah Subuh • Sesaorang yang tinggi tingkatan imam dan ilmunya seperti seorang wali, bila berdakwah komunikasinya datang dari hatinya. • Mereka juga melakukan dakwah tersebut benar-benar melaksanakan kerana Allah SWT. Tidak ada objektif yang sampingan. • Mereka menyampaikan ilmunya itu dengan penuh tanggungjawab kerana tahu yang ilmu yang mereka perolehi adalah hak Allah SWT.   • Mereka menjalankan amanah itu dengan penuh keikhlasan. • Para wali ilmunya luas, bagaikan melimpah-limpah. Secara berlapis-lapis mengikut tingkatan murid yg disampaikan. • Adakala disampaikan secara abstrak kerana menuntut murid mereka berfikir dan menyelami dengan dalam. Tetapi bila didengar oleh orang yang bukan 'level' ilmunya seakan akan pelik. Mungkin menyangka ilmu itu songsang. • Didalam sejarah ada para wali yang dihukum bunuh kerana ilmu mereka. Sebab utama adalah ilmunya terlalu tinggi sehingga tersesat orang awam. • Ilmu mengenali Allah SWT sumbernya datang dari Allah SWT dan Rasulullah SAW

Ustaz Firdaus 111221

Kuliah Subuh • Rasulullah SAW merupakan contoh teladan kepada orang yang beriman. • Pada hari ini ramai orang mukmin telah lupa akan perkara ini. Adakah remaja Islam hari ini berfikir yang mereka perlu Baginda dicontohi. • Didalam peperangan Al Ahzab merupa dua pihak yang tidak seimbang. Pihak musyrikin bilangannya banyak. Sebaliknya pihak mukmin sedikit bilangannya. • Orang mukmin walaupun sedikit bilangannya tetapi mereka yakin bahawa Allah SWT akan membantu pihak yang benar. • Sebagai strategi pihak mukmin galikan parit sepanjang tiga kilometer. Didalam keadaan mereka lapar. • Allah SWT membantu orang mukmin dengan makanan yang dimukjizatkan kepada Rasulullah SAW. Walaupun makanan yang ada itu sedikit tetapi Baginda memanggil semua penggali untuk memakannya. Cukup untuk semua walaupun makanan yang asal itu sedikit. • Bagi orang yang beriman pada hari ini mukjizat yang ditinggalkan Baginda kepada kita adalah Al Quran. • Satu ketika para sahabat sedang menggali parit. Mereka terhalang

Ustaz Othman 052221

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman hendaklah selalu menjaga hatinya • Mohon pertunjjuk Allah SWT agar hati kita tetap didalam iman. • Hendaklah mengamalkan membaca Surah Al Mulk. • Baginda Rasulullah SAW setiap malam membacanya. • Allah SWT menjadikan mati dan hidup. • Mati itu bermulalah kehidupan yang berkekalan. • Apabila mati manusia akan kembali kepada Allah SWT. • Bagi orang yang beriman hendaklah berlumba-lumba untuk mempersiapkan diri untuk membawa bekalan ke akhirat. • Apa sahaja yang dikerjakan didunia ini akan dibalas diakhirat kelak. • Jadilah dunia sebagai ladang melakukan kebaikan. • Orang yang beriman hendaklah jangan leka daripada sembahyang malam. • Jangan bergantung kepada yang lain melainkan Allah SWT. • Wassalam.  

Ustaz Firdaus 041221

Kuliah Maghrib • Peperangan Uhud    • Berlaku pada 3 hijrah    • Banyak pelajaran hidup    • Penting ikut perintah Baginda SAW • Surah AL Ahzab ayat 21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) • Objektif kaum musyrikin didalam peperangan Uhud adalah untuk membunuh Rasulullah SAW. Walaupun ramai orang mukmin syahid didalam pertempuran tetapi mereka tidak berjaya membunuh Baginda. • Kemudian pihak musyrikin mengumpul tentera yang besar untuk memerangi umat mukmin. Bilangan tentera seramai 10 ribu orang. Gabungan pihak Yahudi dan Quriash Mekah. • Didalam sejarah peperangan ini dinamakan sebagai Al Ahzab atau Khandak. Ada juga dinamakan perang 7 masjid. • Baginda membentuk 7 kumpulan untuk mempertahankan akan serangan musuh. Setiap kumpulan membina tempat solat. Dis