Ustaz Firdaus 211221

Kuliah Maghrib

• Sebuah riwayat menceritakan seorang yang sepatutnya dimasukkan dalam neraka. Sekiranya ia mengenali orang yang Soleh ia akan dimasukkan ke dalam syurga.

• Tetapi dia tidak kenal seorang pun. Maka diperintahkan yang dia masukkan ke dalam neraka.

• Semasa diheret malaikat kearah neraka, hamba itu merayu kepada Allah SWT. Yang hatinya mengenal akan kebesaran NYA. Tidakkah itu lebih besar daripada orang yang Soleh. Maka diperkenankan permohonannya.

• Seorang sahabat menyatakan yang dia suka kehidupan selepas wafatnya Baginda walaupun penuh kesedihan kerana... Berpuasa diwaktu hari yang panas, bersolat tahajud dimalam hari, dan pertemuan dengan orang- orang yang soleh.

• Seorang yang soleh, yang juga cucu Saidina Abu Bakar dipotong kakinya kerana sakit. Walaupun hanya tinggal satu kaki sahaja dia masih juga rajin mengerjakan solat tahajud. Bila ditanya anaknya kenapa bersusah-payah. Dia menyatakan bahawa Baginda Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat tahajud walaupun baginda seorang yang maksum. Maka apa kah kaki yang satu itu dapat memasuki syurga, kerana itu lah dia bersungguh-sungguh.

• Seorang yang soleh merasa sedih walaupun mempunyai harta kekayaan yang melimpah. Kerana dia merasakan yang Allah SWT tidak mengujikan dirinya.
 
• Selepas dia kehilangan kekayaan tersebut barulah dia rasa gembira. Kerana mendapat ujian Allah SWT.

• Bagi orang- orang yang soleh ujian itu tanda kasih sayang Allah SWT.
• Para sahabat menangis kerana harta mereka. Takut yang dia tidak lepas daripada soal jawab diakhirat kelak mengenai harta itu.

• Orang yang soleh banyak berfikir mengenai hidup sesudah mati. Adakah cukup bekal dihari akhirat kelak.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914