Ustaz Shamsuddin 311221

Tazkirah Jumaat

• Kehendak manusia tidak sama dengan kehendak Allah SWT. Apa yang DIA kehendaki pasti akan terjadi.

• Manusia tidak mahu berhadapan dengan mala petaka tetapi jika Allah SWT menghendaki ia terjadi, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

• Kepada kehendak Allah SWT bersandar sesuatu kejadian.

• Disebalik ketentuan Allah SWT ada hikmahnya. Ada rahsia. Ada kebaikan untuk hambaNya.

• Orang yang beriman percaya apa sahaja yang terjadi adalahlah dengan kehendak Allah SWT.

• Allah SWT yang maha berkuasa dan maha mengetahui apa yang manusia tidak tahu.

• Surah Al Ana'am 115. Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

• Didalam hal keadaan banjir di Shah Alam baru baru ini hendaklah orang-orang yang beriman memikirkan apakah hikmah disebalik kejadian itu.

• Sedarlah didalam apa sahaja mala-petaka kita perlu ambil perhatian yang kita manusia datang daripada Allah SWT dan kepada Nya kita akan kembali.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914