Ustaz Firdaus 111221

Kuliah Subuh

• Rasulullah SAW merupakan contoh teladan kepada orang yang beriman.
• Pada hari ini ramai orang mukmin telah lupa akan perkara ini. Adakah remaja Islam hari ini berfikir yang mereka perlu Baginda dicontohi.
• Didalam peperangan Al Ahzab merupa dua pihak yang tidak seimbang. Pihak musyrikin bilangannya banyak. Sebaliknya pihak mukmin sedikit bilangannya.
• Orang mukmin walaupun sedikit bilangannya tetapi mereka yakin bahawa Allah SWT akan membantu pihak yang benar.
• Sebagai strategi pihak mukmin galikan parit sepanjang tiga kilometer. Didalam keadaan mereka lapar.
• Allah SWT membantu orang mukmin dengan makanan yang dimukjizatkan kepada Rasulullah SAW. Walaupun makanan yang ada itu sedikit tetapi Baginda memanggil semua penggali untuk memakannya. Cukup untuk semua walaupun makanan yang asal itu sedikit.
• Bagi orang yang beriman pada hari ini mukjizat yang ditinggalkan Baginda kepada kita adalah Al Quran.
• Satu ketika para sahabat sedang menggali parit. Mereka terhalang kerana terdapat tanah yang berbatu yang keras. Baginda Rasulullah SAW diberitahu, apabila dia memukulkan batu-batu yang keras, seluruh tanah ditempat itu menjadi lembut. Ini merupakan mukjizat Baginda SAW.
• Kejadian seumpama ini menguatkan lagi keimanan para sahabat.
• Didalam peperangan ini juga diperlihatkan kepada orang yang beriman bagaimana buruknya sikap orang-orang munafiq. Didalam keadaan yang begitu getir mereka membelot. Menentang orang-orang mukmin.
• Walaubagaimanapun Allah SWT memberi kemenangan kepada orang mukmin dengan didatangkan ribut yang kuat.
• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914