Ustaz Fazrul 191221

Kuliah Maghrib

• Allah SWT menjadi sesuatu sebagai nikmat atau ujian.
• Surah As Sajadah ayat 4: Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
• Didalam Al Quran terdapat ayat seumpama ini dibeberapa surah. Untuk menjadi peringatan.
• Didalam situasi apapun kita harus beringat yang DIA yang berkuasa. Seperti kejadian Covid 19 dan banjir yg dihadapi masyarakat.
• Walaupun sebagai masyarakat moden dengan kelengkapan yang canggih, persiapan apa pun jika Allah SWT hendak menjadikan sesuatu tidak ada yg dapat menghalang.
• Perlu insaf akan peringatan Allah SWT. Syukur yg kita masih bernafas. Boleh memperbaiki amalan kita.
• Allah SWT mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja. Jika DIA menghukum tiada siapa yg dapat menghalang.
• Tetapi DIA juga yang melindungi makhlukNya. Sentiasa merahmati hambaNYA.
• Sebagai orang yang beriman perlulah diketahui bahawa  tiada siapa yang dapat memberi syafaat melainkan Allah SWT.
• Yakinlah bahawa Allah SWT maha penyayang dan mengasihani hamba Nya.
• Setiap kejadian yang terjadi kepada diri kita perlulah dijadikan pengajaran.
• Pohonlah keampunan dan pertunjuk daripada Dia yang maha kuasa.
• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914