Ustaz Abd Halim 261221

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman yang mengajak kepada kebaikan maka diberinya pahala akan orang yang melakukan kebaikan itu tanpa dikurang sedikit pun.

• Berniat melakukan sesuatu kebaikan akan menimbul keikhlasan.

• Didalam melakukan sesuatu ibadat, akan terdapat hasutan-hasutan yang melalaikan ibadah tersebut. Orang yang ikhlas berniat melakukan kebaikan itu kerana Allah SWT akan berjaya melawan gangguan.

• Allah SWT menghargai akan apa yang tersirat didalam hati seseorang yang melakukan kebaikan.

• Setiap amalan yang baik perlulah dimulai dengan niat kerana Allah SWT.

• Sebaliknya melakukan apa sahaja amalan yang baik kerana hendak memuaskan manusia. Maka perkara tersebut merupakan syirik.

• Begitu juga apabila seseorang itu tidak melakukan apa-apa amalan yang baik kerana mengikut kehendak manusia itupun merupakan perbuatan syirik.

• Sesaorang yang melakukan kebaikan kerana Allah SWT selain daripada mendapat pahala dia juga dijaga oleh NYA.
• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914