Ustaz Fazrul 251221

Kuliah Subuh

• Setiap Rasul mendapat wahyu.
• Bagi Nabi Muhammad dia menerima wahyu merupakan Al Quran
• Penting bagi orang yang beriman selalu membaca dan menyebarkan Al Quran.
• Menghidupkan jantung Al Quran.
• Surah Al Kahfi: (1) Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).
• Bagi orang yang beriman perlulah memastikan yang dijaga Al Quran itu subur didalam kehidupan kita. Selanjutnya menyebarkan risalah itu kepada ahli keluarga dan komuniti.
• Surah Al Kahfi ayat ke 2; (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
• Bagi yang sihat jantung Al Quran, mereka banyak melakukan amal yg Soleh. Walaupun hanya dengan satu amalan yang kecil seperti memberi minum dan makanan untuk orang yang susah.
• Didalam ayat ke 3 surah Al Kahfi; Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
• Walaupun amalan yang Soleh itu kecil tetapi mereka tetap mendapat ganjaran. Balasannya tetap dianugerahkan Allah SWT.
• Allah SWT juga memberi amaran supaya manusia jangan syirik kepada NYA didalam ayat ke 4 : Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
• Kesan syirik akan merosakkan masyarakat. Serta tidak mempunyai asas yang kukuh.
• Ayat ke 5 didalam surah Al Kahfi Allah menyatakan: (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
• Didalam dunia hari ini ramai orang yang melakukan syirik daripada mereka yang beriman
• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914