Ustaz Yahya 221221

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman apabila mereka menghadapi bencana dia bersabar.
• Dapat melihat dari sudut yg berbeza.
• Merebut peluang untuk melakukan kebajikan. Seperti mengeluarkan derma kewangan, bantuan makanan dan memberi kelengkapan untuk meringankan kesusahan.
• Ada juga mereka yang apabila menghadapi bencana dia segera bertaubat.
• Dirasa bencana itu kerana kerosakan daripada tangan- tangan manusia.
• Sedar akan kealpaan dirinya akan tanggungjawab agama sebelum ini.
• Bencana ini juga terjadi kerana turunnya bala' akan sebab kita tidak memakmurkan rumah Allah SWT.
• Untuk mendapat rahmat Allah SWT supaya dilindungi kita dari bala bencana adalah dengan memakmurkan rumah Allah. Dan juga bangun untuk solat malam.
• Kebersihan daripada najis juga salah satu usaha menghindarkan diri daripada bencana. Orang mukmin hendaklah peka akan kebersihan tandas dan kawasan rumah. Kotoran itu menjemput syaitan memastautin.
• Orang mukmin juga menjaga akhlak yang baik. Berbaik sesama manusia. Tidak menyusahkan orang lain. Ini juga dapat menghindari diri dari bencana.
• Ada juga orang apabila menghadapi bencana cepat menyalahkan pihak yang lain. Menunding jari kepada orang lain.
• Mereka ini tidak redha akan ketetapan Allah SWT dan bersabar akan bala'.
• Orang yang tidak mahu menerima ketetapan Allah SWT akan mengundang kemurkaan NYA.
• Perangai manusia yang paling celaka adalah orang yang melakukan maksiat didalam orang lain menghadapi kesusahan. Seperti ada orang mencuri dan menipu apabila orang lain terleka.
• Bagi orang yang mukmin perlulah bermuhasabah diri dengan bencana yang dihadapi.
• Adakah segala yang kita makan halal dan baik. Adakah segala jual beli bebas daripada unsur riba. Adakah barang minuman yang kita minum bebas dari arak.
• Bagi menghindari diri sendiri dan keluarga daripada bala' bencana adalah kembali kepada ajaran agama. Merapatkan diri dengan para Ulama'dan guru-guru yang dapat menarik kita meningkatkan ibadah kepada NYA. Dan juga memperbanyakkan berselawat keatas junjungan besar Rasulullah SAW.
• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914