Ustaz Firdaus 041221

Kuliah Maghrib

• Peperangan Uhud
   • Berlaku pada 3 hijrah
   • Banyak pelajaran hidup
   • Penting ikut perintah Baginda SAW

• Surah AL Ahzab ayat 21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

• Objektif kaum musyrikin didalam peperangan Uhud adalah untuk membunuh Rasulullah SAW. Walaupun ramai orang mukmin syahid didalam pertempuran tetapi mereka tidak berjaya membunuh Baginda.

• Kemudian pihak musyrikin mengumpul tentera yang besar untuk memerangi umat mukmin. Bilangan tentera seramai 10 ribu orang. Gabungan pihak Yahudi dan Quriash Mekah.

• Didalam sejarah peperangan ini dinamakan sebagai Al Ahzab atau Khandak. Ada juga dinamakan perang 7 masjid.

• Baginda membentuk 7 kumpulan untuk mempertahankan akan serangan musuh. Setiap kumpulan membina tempat solat. Disitulah peperangan ini juga dinamakan Peperangan Tujuh Masjid.

• Tentera Islam ketika itu hanya seramai 3 ribu untuk berhadapan dengan 10 ribu tentera musuh.

• Rasulullah SAW menghantar ahli perisik untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan tentera musuh.

• Untuk menahan pergerakan tentera musuh, sahabat Salman Al-farisi mencadangkan agar digalikan parit. Sepanjang 3 km.

• Strategi ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa Arab. Maka pihak musuh terkejut apabila berhadapan dengan cara sedemikian.

• Baginda SAW menerima cadangan dan dia bersama-sama dengan tentera mukminin mengali parit. Memberi semangat kepada para sahabatnya. Berdoa agar Allah SWT mengampunkan dosa semua para tentera mukmin.

• Tentera mukmin menghadapi dugaan kelaparan. Terpaksa mengikat perut mereka dengan batu. Termasuk Rasulullah SAW.

• Wassalam.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914