Posts

Showing posts from December, 2008

Khutbah Jumaat dimasjid Jamek Layang Layang, WP Labuan 26hb Dis 2008

Image
Khatib memulakan khutbahnya dengan mengajak semua untuk bertakwa kepada Allah SWT Akhir-akhir ini terdapat beberapa usaha untuk mempersoalkan kedudukan agama ISLAM di Malaysia. Kedudukan Islam telah lama termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Yang meletakkan Islam didalam kedudukkan yang istimewa. Walaupun pada dasarnya Islam adalah agama yang toleran jika dibandingkan dengan lain lain kepercayaan. Tetapi didalam hal akidah tentulah tidak ada jalan yang lain melainkan Islam. Cubaan untuk memperkecilkan Islam tidak boleh dipandang ringan. Musuh Islam telah memperalatkan orang Islam sendiri yang jahil didalam ilmu agama untuk menimbulkan syak kepada ajaran Islam. Isu yang dipermainkan merupakan perkara yang dapat diterima oleh akal logika tanpa menyandarkan kepada ilmu agama yang berlandaskan Hadith dan Al Quran. Maka untuk menghadapi hal yang tersebut hendaklah pihak berwajib memainkan peranan dengan lebih berkesan. Ummah Islam perlu diberi Ilmu dengan

Ustaz Azman 211208

Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Azman di Masjid Al Huda, Sek19 Shah Alam. • Orang yang wara' - bersabar menjaga yang syubhat - contohnya kaedah penyembelihan ayam dipasar adakah benar- benar mengikuti hukum Islam. • Orang yang menjaga wara' - yakin didalam hati semasa beribadat - mampu menjaga perkara yang syubhat didalam makan minum - zuhud didalam bab dunia - malu dimata - takut kepada Allah SWT disetiap bahagian anggota badannya • Orang yang tidak menjaga wara' - keras hati didalam bab keagamaan - Kering matanya daripada menanggis kepada Allah SWT - tidak merasa bersalah apabila melakukan maksiat. - rakus dan tamak terhadap dunia. - panjang angan-angan terhadap kehidupan dunia saolah-olah tidak mahu mati Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Mohd Noor 191208

Image
Kuliah bulanan UniKL MIAT yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Noor Husin daripada KUIS. Perbincang mengenai usul dakwah didalam Islam daripada kitab yang ditulis olih Dr Abdul Karim Zaidan • Allah SWT menjadikan manusia serta diberikan kepadanya agama. • Disudut Islam agama bukan sekadar kepercayaan atau pegangan. Tetati agama didalam Islam itu adalah satu cara hidup, Ad Deen, Way of life. Merangkupi segenap aspek kehidupan. Setiap aktibiti manusia akan terdapat agama didalamnya. • Ramai mendapati atau menemui Islam dengan asbab keturunan sahaja. Oleh sebab itulah ramai yang mempunyai 'blind spot'. Tidak mengerti Islam dengan baik. • Islam terdapat lima rukun - Syahadah - Solat - Berpuasa di bulan Ramadhan - Zakat - Mengerjakan Haji bagi yang mampu • Islam juga bolih ditakrifkan sebagai kepatuhan kepada Allah SWT secara 'total' tanpa ada paksaan. Secara sukarela. • Islam juga mencerminkan penyerahan diri kepada segala ketentuan Allah SWT. Tunduk kepada segala suruhan Alla

Ustaz Redzuan 12/12/08 di Masjid Al Huda

Image
Ilmu dan amal • Para sahabat apabila mempelajari sesuatu ilmu terus mereka beramal dengan ilmu tersebut. • Walaupun ilmu itu sedikit sahaja. • Para ulama sewaktu kegemilangan Islam mereka mengamalkan ilmu yang hendak disampaikan. Kerana itulah apabila mereka menyampaikan ilmu akan terkesan dijiwa orang orang yang mendengarkannya. • Seorang bapa itu merupakan guru kepada anak- anaknya. Sekiranya ingin anak- anak itu menjadi orang yang soleh maka ibu-bapanya terlebih dahululah menhadi orang yang soleh. • Anak-anak itu saperti cermin kepada ibu-bapanya. Apa yang kita lakukan didunia ini akan menjadi model untuk diturut oleh anak-anak. Sekira menghendaki doa anak yang soleh selepas kematian kita; maka kita perlulah menjadi anak yang soleh kepada ibubapa kita. Adakah kita mendoakan ibu-bapa setiap waktu solat? • Adakah kita melakukan amal jariah. Yang ditutut oleh agama Islam? Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ali 091208

Kuliah maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Ali di Masjid Al Huda Shah Alam Pengajian Tausauf didalam bab mati • Semua makhluk yang bernyawa pasti menemui kematian. Perkara ini diterima pakai oleh semua manusia, tidak ada perbezaan didalam fakta ini. • Maka perkara yang diusahakan adalah untuk memastikan kesudahan didunia ini dengan satu kesudahan yang baik. Mendapat satu khabaran yang mengembirakan dengan janji ganjaran syurga. • Untuk mencapai satu kesudahan yang baik maka hendaklah kita beriman dan beristiqamah. Fakta ini dinyatakan didalam Al Quran. Khabaran yang baik itu akan disampaikan oleh para malaikat yang diutuskan sebelum kematian kita. • Para malaikat akan menyatakan kepada orang- orang yang beriman. Janganlah kamu takut akan berkekal azab kerana pasti mendapat syufaat daripada para anbiya'. • Bagi orang yang ikhlas para malaikat khabarkan bahawa janganlah kamu takut bahawa amalan kamu yang ditolak kerana amalan kamu diterima Allah SWT. Jangan kamu ta

Khutbah Jumaat 121208

Surau Sekolah Integrasi Gombak. Tajuk: Gaya hidup sihat • Islam menggalak umatnya hidup dengan gaya-hidup sihat. • Bersederhana didalam bab makanan harian. Jangan berlebihan. • Beriadah dengan senaman serta aktiviti fisikal yang lain • Menjalankan amalan beribadah khusus yang membentuk penjagaan kesihatan. - berwudhuk - bersolat dengan khusyuk. • Menjaga kebersihan fisikal, mental dan emosi dengan pelbagai aktiviti. - senaman - persilatan yang tidak ada unsur khurafat • Semua amalan tersebut janganlah bercanggah dengan akidah dan syariat Islam yang suci. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Yusuf 091208

Kuliah Subuh Tajuk: Pemikiran yang salah terhadap agama Islam • Aliran pemikiran yang terpengaruh dengan musuh Islam. Mempunyai anggapan yang buruk kepada Islam dan Allah SWT. • Media cetak dan elektronik juga memain peranan yang besar yang disalah gunakan untuk menghina kesucian Islam. Mendidik masyarakat memandang rendah atau memberi prioriti yang rendah kepada isu isu agama. • Kesan ini telah mula menular kedalam masyarakat Islam didalam negara. Terdapat pencanggahan didalam amalan majlis- majlis kenduri kahwin. Cara kita berpakain. Cara kita menolak pendapat dan pandangan ulama dan majlis fatwa. Menilai sesuatu isu agama dengan menggunakan akal semata-mata. Ini bukanlah cara Islam yang dipraktiskan oleh golongan sunnah wal jamaah. • Menghindarkan diri dari penyelewengan dengan menunaikan solat, berpuasa dan menimba ilmu. • Kekuatan ummah tercapai dengan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Memahami dan menjalankan cara hidup yang dicontohkan oleh junjunga