Khutbah Jumaat dimasjid Jamek Layang Layang, WP Labuan 26hb Dis 2008

Khatib memulakan khutbahnya dengan mengajak semua untuk bertakwa kepada Allah SWT

Akhir-akhir ini terdapat beberapa usaha untuk mempersoalkan kedudukan agama ISLAM di Malaysia.

Kedudukan Islam telah lama termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Yang meletakkan Islam didalam kedudukkan yang istimewa.

Walaupun pada dasarnya Islam adalah agama yang toleran jika dibandingkan dengan lain lain kepercayaan. Tetapi didalam hal akidah tentulah tidak ada jalan yang lain melainkan Islam.

Cubaan untuk memperkecilkan Islam tidak boleh dipandang ringan. Musuh Islam telah memperalatkan orang Islam sendiri yang jahil didalam ilmu agama untuk menimbulkan syak kepada ajaran Islam.

Isu yang dipermainkan merupakan perkara yang dapat diterima oleh akal logika tanpa menyandarkan kepada ilmu agama yang berlandaskan Hadith dan Al Quran.

Maka untuk menghadapi hal yang tersebut hendaklah pihak berwajib memainkan peranan dengan lebih berkesan. Ummah Islam perlu diberi Ilmu dengan sebaik yang mungkin.

Wassalam/


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914