Ustaz Mohd Noor 191208

Kuliah bulanan UniKL MIAT yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Noor Husin daripada KUIS.

Perbincang mengenai usul dakwah didalam Islam daripada kitab yang ditulis olih Dr Abdul Karim Zaidan

• Allah SWT menjadikan manusia serta diberikan kepadanya agama.

• Disudut Islam agama bukan sekadar kepercayaan atau pegangan. Tetati agama didalam Islam itu adalah satu cara hidup, Ad Deen, Way of life. Merangkupi segenap aspek kehidupan. Setiap aktibiti manusia akan terdapat agama didalamnya.

• Ramai mendapati atau menemui Islam dengan asbab keturunan sahaja. Oleh sebab itulah ramai yang mempunyai 'blind spot'. Tidak mengerti Islam dengan baik.

• Islam terdapat lima rukun
- Syahadah
- Solat
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Zakat
- Mengerjakan Haji bagi yang mampu

• Islam juga bolih ditakrifkan sebagai kepatuhan kepada Allah SWT secara 'total' tanpa ada paksaan. Secara sukarela.

• Islam juga mencerminkan penyerahan diri kepada segala ketentuan Allah SWT. Tunduk kepada segala suruhan Allah SWT tanpa syarat.

• Islam juga merupakan satu sistem yang lengkap dan sempurna. Yang menyeluruh serta 'complete'.

• Islam memberi jawapan
- darimana kita datang
- kemana tujuan kita
- apakah kesudahan kita
- mengapa kita dicipata

• Didalam Islam Allah SWT telah menceritakan mengenai kejadian manusia. Daripada air mani hinggalah bagaimana terjadi didalam rahim ibu kita.

• Islam juga mengajar manusia tentang kehidupan selepas mati. Kehidupan diakhirat. Kerana itulah apabila hendak melakukan maksiat merasa takut akan balasa daripada Allah SWT.

• Tujuan manusia dijadikan adalah semata-mata untuk berbadat kepada Allah SWT. Dengan menghidupkan Islam didalam kehidupan manusia.

• Islam juga merupakan ruh dan cahaya didalam kehidupan manusia. Menjadi ubat kepada penyakit ruh manusia. Manusia itu bernilai jika ada ruh. Dan daripada penilaian Allah SWT manusia itu bernilai jika dia mempunyai Islam.

• Islam juga merupakan nur. Menyinar kehidupan manusia. Sebagai lampu yang menyuluh jalan kehidupannya. Dapat menilai dosa dan pahala. Serta memberi satu perhitungan yang merupakan hukum syariat. Hukum hudud dan sebagainya.

• Semoga kita dapat memahami Islam dengan meluas.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914