Ustaz Ali 091208

Kuliah maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Ali di Masjid Al Huda Shah Alam

Pengajian Tausauf didalam bab mati

• Semua makhluk yang bernyawa pasti menemui kematian. Perkara ini diterima pakai oleh semua manusia, tidak ada perbezaan didalam fakta ini.

• Maka perkara yang diusahakan adalah untuk memastikan kesudahan didunia ini dengan satu kesudahan yang baik. Mendapat satu khabaran yang mengembirakan dengan janji ganjaran syurga.

• Untuk mencapai satu kesudahan yang baik maka hendaklah kita beriman dan beristiqamah. Fakta ini dinyatakan didalam Al Quran. Khabaran yang baik itu akan disampaikan oleh para malaikat yang diutuskan sebelum kematian kita.

• Para malaikat akan menyatakan kepada orang- orang yang beriman. Janganlah kamu takut akan berkekal azab kerana pasti mendapat syufaat daripada para anbiya'.

• Bagi orang yang ikhlas para malaikat khabarkan bahawa janganlah kamu takut bahawa amalan kamu yang ditolak kerana amalan kamu diterima Allah SWT. Jangan kamu takut pahala yang hilang kerana Allah SWT gandakan pahala kamu.

• Orang bertaubat pula dinyatakan oleh para malaikat janganlah mereka takut akan dosa-dosa yang telah dilakukan. Kerana dosa-dosa mereka telah diampunkan Allah SWT. Maka syurgalah balasannya.

• Orang yang zuhud pula para malaikat menyampaikan berita yang mereka akan memasuki syurga tanpa dihisabkan. Sapertimana para anbiya'

• Para ulamak pula akan dikhabarkan dengan berita gembira bahawa ganjaran Allah SWT serta mereka yang mengikutnya akan dikurniakan syurga.

• Orang yang mengelakan diri daripada lalai mendirikan kewajiban agama didunia ini:
- mentakbir dunia dengan berpuas hati serta ditangguhkan kerana tuntutan agama
- bersungguh didalam bab akhirat
- mentabir urusan agama dengan ilmu
- mentakbir manusia dengan nasihat

• Orang yang baik
- berkekalan amalan
- berlaku baik sesama manusia
- orang lain merasa aman dan tenteram
- tidak mengingini apa yang ditangan manusia
- bersiap sedia akan kematian

Wassalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914