Posts

Showing posts from January, 2011

Ustaz Ridzuan 150111

Kuliah Subuh PENYAKIT UMAT- UMAT TERDAHULU • Penyakit yang mengundang kemurkaan Allah SWT • Terlalu banyak keseronokan. Hibur- hiburan. Berhati-hatilah jika terlaluan maka akan mengundang kesedihan diakhirat kelak. Dizaman dahulu apabila datang para Nabi RA membawa syariat Allah SWT mereka tidak suka. Malah ada yang membunuh Nabi-nabi mereka. Kerana risalah Allah SWT mengajak mereka untuk meninggalkan cara hidup yang keterlaluan berseronokkan yang mana membawa kepada kemaksiatan. • Penyakit yang kedua adalah kehidupan yang terlalu mewah. Apabila tumpuan manusia hanya untuk mengumpul harta supaya mewah, maka ada yang kecewa apabila tidak mendapatnya. Kekecewaan kerana tidak mendapat kemewahan dunia hingga ada yang membunuh diri. Manusia yang mengejar kemewahan tidak akan berpuas hati. Nafsu itu beraja dihati. Tumpuan hidup mereka bukan untuk beribadah kepada Allah SWT tetapi berloba mencari kemewahan. • Penyakit yang ketiga adalah amalan mengumpul harta yang berlebih-leb

Ustaz Syihabudin 130111

Kuliah maghrib Al Quraan itu isinya adalah ILMU. Beberapa ayat didalamnya memerintahkan manusia supaya menuntut ilmu. Contohnya surah Iqra'. Orang yang berilmu diberi Allah SWT darjat yang tinggi disisiNYA. Ulama' juga merupakan orang yang berilmu. Umur yang diberikan kepada manusia harus digunakan seperti berikut: (6 Jamx 4) • Beribadat • Mencari ilmu • Mencari rezeki • Rehat & Tidur Maka disyorkan menuntut ilmu itu enam jam sehari. Matlamat menuntut ilmu adalah mencari berkat manafaat. Adab menuntut ilmu adalah; • Adab sebelum belajar • Adab ketika belajar • Adab selepas belajar Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Shamsuddin 090111

Kuliah Subuh TAKZIR • Hukuman dera. Bukan hudud atau pun Qisas • Hukuman itu ditetapkan oleh seoarang hakim. • Dengan cara yang berkesan • Tidak ditetapkan oleh syara' • Hukuman takzir merupakan hukuman untuk menyedarkan orang yang melakukan kesalahan. • Takzir juga dijalankan supaya menjadi kesan kepada masyarakat. • Hakim tidak semestinya mensabitkan kesalahan dengan saksi. • Cukup jika seorang hakim berpuas hati bahawa kesalahan telah dijalankan. • Pihak pemerintah atau hakim perlu melantik orang orang yang beramanah untuk melaksanakan hukum takzir. • Hukuman takzir jika dijatuhkan hukuman sebat, tidak boleh melebihi hukuman sebat didalam hukuman hudud. • Begitu juga jika disabiykan kesalahan dan dikenakan buang negeri. Maka tidak boleh dibuang negeri melebihi satu tahun. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Rahmatullah 030111

Kuliah Maghrib • Kenapa sambutan tahun baru hijrah itu berlainan dengan sambutan tahun baru masehi? Walhal yang menyambutnya orang yang sama? • Tingkah laku sebegini saolah-olah memberi isyarat bahawa amalan Islam itu bertempat. Bila hal Islam tempatnya dimesjid, dan diluar mesjid dibolehkan membuat maksiat. • Amalan yang mementingkan duniawi kadangkala melampaui amalan akhirat. Tidak seimbang. Jadi pentinglah amalan yang khusus saperti zikir, sembahyang sunnat dll. Amalan ini walaupun sedikit tetapi penting untuk diamalkan secara berterusan. • Berzikir adalah satu amalan yang terpuji. Objektifnya hanyalah untuk memuji Allah SWT. Dengan mengingati akan kebesaran zat NYA. Kata para ulama' jika kita sentiasa mengingati dan patuh kepada Allah SWT ketika senang, bila kita susah maka Allah SWT akan memberi rahmatNYA. Seperti rahmat yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Ayub. Masih hidup walaupun dimakan oleh seekor ikan yang besar. • Sekiranya berzikir itu dapat dijadikan

Ustaz Yussof 020111

Kuliah Subuh > Tumpuan umat Islam hendaklah menekankan persoalan iman dan taqwa. Janganlah kita keterlaluan didalam keseronokkan duniawi. Saperti majlis- majlis sambutan malam tahun baru; Sambutan kemenangan pasukan bola sepak kebangsaan dan sebagainya. > Tetapi hakikatnya ramai umat Islam hari ini terlibat didalam perbuatan maksiat. Perlakuan zina berleluasa hingga telah ramai anak- anak luar nikah dilahirkan. Nilai murni yang dikehendaki oleh agama sudah mula luntur. > Istilah ISLAM POLITIK telah mula digunakan oleh sebahgian daripada ahli media. Digunakan didalam konteks yang negatif. Cuba diketengahkan ide yang Islam itu tidak sempurna. Maka perlulah ditambah bagi memantapkannya. Ini merupakan agenda golongan sekular. > ISLAM yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu sudah cukup sempurna. Malah dinyatakan sendiri oleh Allah SWT didalam Al Quran. Maka orang- orang yang memusuhi Islam cuba membuat kekeliruan terhadap ajaran suci Islam dengan dibawa kelainan kononnya