Ustaz Rahmatullah 030111

Kuliah Maghrib

• Kenapa sambutan tahun baru hijrah itu berlainan dengan sambutan tahun baru masehi? Walhal yang menyambutnya orang yang sama?

• Tingkah laku sebegini saolah-olah memberi isyarat bahawa amalan Islam itu bertempat. Bila hal Islam tempatnya dimesjid, dan diluar mesjid dibolehkan membuat maksiat.

• Amalan yang mementingkan duniawi kadangkala melampaui amalan akhirat. Tidak seimbang. Jadi pentinglah amalan yang khusus saperti zikir, sembahyang sunnat dll. Amalan ini walaupun sedikit tetapi penting untuk diamalkan secara berterusan.

• Berzikir adalah satu amalan yang terpuji. Objektifnya hanyalah untuk memuji Allah SWT. Dengan mengingati akan kebesaran zat NYA. Kata para ulama' jika kita sentiasa mengingati dan patuh kepada Allah SWT ketika senang, bila kita susah maka Allah SWT akan memberi rahmatNYA. Seperti rahmat yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Ayub. Masih hidup walaupun dimakan oleh seekor ikan yang besar.

• Sekiranya berzikir itu dapat dijadikan satu amalan yang dilakukan secara berterusan, maka diharap sekiranya diwaktu kesusahan nanti kita masih mengingati Allah SWT. Semoga diberi perlindungan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menghalang ketetapan apa yang ditetapkan Allah SWT.

• Berzikir juga dilakukan dengan harapan agar Allah SWT mencintai hamba yang beramal. Dua kalimah "Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahilazim" adalah kalimah yang disukai Allah SWT.

• Satu perkataan yang disukai Allah SWT adalah Subhanallah hiwabihamdih. Rasulullah SAW memberitahu seorang sahabat. Perkataan itu juga merupakan kalam yang dipilih Allah SWT untuk diucapkan oleh para malaikat.

• Empat kalimah yang disukai Allah SWT adalah:
- Subhanallah
- Alhamdulillah
- Lailla Haillallah
- Allahuakbar

Dan ia merupakan amalan yang kekal. Yang dapat menolong kita diakhirat kelak.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914