Ustaz Ridzuan 150111

Kuliah Subuh

PENYAKIT UMAT- UMAT TERDAHULU

• Penyakit yang mengundang kemurkaan Allah SWT

• Terlalu banyak keseronokan. Hibur- hiburan. Berhati-hatilah jika terlaluan maka akan mengundang kesedihan diakhirat kelak. Dizaman dahulu apabila datang para Nabi RA membawa syariat Allah SWT mereka tidak suka. Malah ada yang membunuh Nabi-nabi mereka. Kerana risalah Allah SWT mengajak mereka untuk meninggalkan cara hidup yang keterlaluan berseronokkan yang mana membawa kepada kemaksiatan.

• Penyakit yang kedua adalah kehidupan yang terlalu mewah. Apabila tumpuan manusia hanya untuk mengumpul harta supaya mewah, maka ada yang kecewa apabila tidak mendapatnya. Kekecewaan kerana tidak mendapat kemewahan dunia hingga ada yang membunuh diri. Manusia yang mengejar kemewahan tidak akan berpuas hati. Nafsu itu beraja dihati. Tumpuan hidup mereka bukan untuk beribadah kepada Allah SWT tetapi berloba mencari kemewahan.

• Penyakit yang ketiga adalah amalan mengumpul harta yang berlebih-lebihan. Perbuatan yang sedemikian dilaknat Allah SWT sepertimana yang terjadi kepada Qaruun. Yang mempunyai harta yang banyak. Sehingga memerlukan 70 ekor kuda untuk membawa kunci-kunci peti harta. Akhirnya Qaruun mati tertimbus dengan hartanya sendiri. Kesibukkan mencari harta hingga terlalai melakukan ibadat kepada Allah SWT.

• Saling marah memarahi merupakan juga penyakit orang- orang dahulu yang juga terdapat pada hari ini. Banyak manusia hari ini bila ada kuasa suka sanggat memarahi orang bawahannya. Suami memarahi isteri di khalayak ramai.

• Penyakit hasut juga merupakan perbuatan orang dahulu. Yang membawa kepada kezaliman. Penyakit ini akan merosakkan masyarakat. Membuat kekacauan yang menjauhkan daripada keadaan aman.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914