Posts

Showing posts from July, 2019

Ustaz Hazaman 310719

Kuliah Maghrib ✓ Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sebahagian daripada al-Qur'an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah "al-Mulk". (Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan) ✓ Rasulullah SAW Tidak pernah tinggal membaca surah AL Mulk sebelum baginda tidur. ✓ Membaca surah AL Mulk setiap malam sebelum tidur dapat menyelamatkan pembacanya daripada siksaan kubur hinggalah ia masuk syurga. ✓ Surah AL Mulk ayat 1:  Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; ✓ Subhanallah...zikir yang disukai Allah SWT. Subhanallah Wabihamdih, Subhanallah Hilazim. ✓ Allah SWT mempunyai kuasa keatas makluk NYA. ✓ Orang yang beriman jika menghadapi ujian hendaklah membaca Astighfirulla

Ustaz Syahrizal 300719

Kuliah Maghrib ✓ Didalam hidup seorang mukmin, baroqah sangat penting. Rasulullah SAW juga diawal pagi memohon agar memberi baroqah kepada baginda. ✓ Rasullullah SAW juga memohon baroqah kepada Allah SWT keatas bandaraya Madinah. ✓ Banyak hadith menyatakan akan hal baroqah keatas kehidupan seharian sesaorang mukmin. ✓ Selain daripada bulan Ramadhan, bulan Zulhijjah juga dirahmati Allah SWT. Satu hingga sepuluh haribulan Zulhijjah merupakan hari yang penuh dengan Baroqah. Justeru, 10 hari terawal bulan Zulhijah ini adalah hari yang sangat istimewa. Buktinya Allah SWT berfirman dalam surah al-Fajr, ayat 1-5 disebut: "Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah SWT) dan bilangan yang genap serta ganjil dan malam apabila ia berlalu. Bukankah demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?" Imam al-Tabari mentafsirkan firman tersebut, "Wa Layaalin 'Asyr" (dan malam yang sepuluh) bahawa y

Ustaz ? 300719

Kuliah Maghrib ✓ Didalam hidup seorang mukmin, baroqah sangat penting. Rasulullah SAW juga diawal pagi memohon agar memberi baroqah kepada baginda. ✓ Rasullullah SAW juga memohon baroqah kepada Allah SWT keatas bandaraya Madinah. ✓ Banyak hadith menyatakan akan hal baroqah keatas kehidupan seharian sesaorang mukmin. ✓ Selain daripada bulan Ramadhan, bulan Zulhijjah juga dirahmati Allah SWT. Satu hingga sepuluh haribulan Zulhijjah merupakan hari yang penuh dengan Baroqah. Justeru, 10 hari terawal bulan Zulhijah ini adalah hari yang sangat istimewa. Buktinya Allah SWT berfirman dalam surah al-Fajr, ayat 1-5 disebut: "Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah SWT) dan bilangan yang genap serta ganjil dan malam apabila ia berlalu. Bukankah demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?" Imam al-Tabari mentafsirkan firman tersebut, "Wa Layaalin 'Asyr" (dan malam yang sepuluh) bahawa y

Ustaz Izuddin 280719

Kuliah Subuh ✓ Ibadah yang baik, jika hendak dilakukan perlulah disegerakan. Jangan bertangguh kerana kita tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan. ✓Setiap mukmin apabila ditimpa kesusahan ia bersabar. Bila diberi nikmat dia bersyukur. ✓ Allah SWT akan memberi kelebihan kepada hamba-Nya yang bersyukur apabila ia memberi nikmat. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". — Surat Ibrahim Ayat 7. ✓ Orang yang bersyukur ditambah rezekinya dan diampunkan dosanya. Pemberian Allah SWT kepada hamba-Nya dengan tidak ada hadnya. ✓ Orang yang beriman walaupun apa keadaannya ia tetap akan bersyukur kepada Allah SWT. Walaupun dia susah, dia sedar bahawa ramai lagi orang yang menghadapi kesusahan yang lebih besar daripadanya. ✓ Membina kekuatan untuk sentiasa bersyukur hendaklah diperbanyakkan solat solat sunat. Solat Qabliy

Ustaz Jihad 270719

Kuliah Subuh ✓ Para salafus soleh merupakan generasi 300 tahun pertama umat mukmin. Menjadi generasi contoh akan akhlaq dan amalan mereka. ✓ Bagi salafus soleh dunia dan segala kenikmatannya tidak ada kesannya didalam jiwanya. Kehidupan akhirat lebih diutamakan daripada kesenangan dunia. ✓ Begitulah bagi orang mukmin dizaman ini hendaklah menjadikan akhirat itu prioriti melebihi segala kehendak nafsu dunia. Amalan Qurban merupakan satu amalan menuju ke akhirat. Ini dituntut oleh Baginda Rasulullah SAW, Walaupun ia merupakan amalan sunat. ✓ Dituntut bagi orang beriman menjalankan ibadat Qurban. Serta bersama sama menyaksikan upacara penyembelihan. Serta bersama sama membantu menyelesaikan program qurban tersebut. Segala amalannya itu cukup bernilai, kerana inilah kehendak agama. Jalan menuju ke akhirat. ✓ Apakah nilai segala kenikmatan dan kemewahan dunia. Serta segala usaha manusia mengejar dunia tersebut? Dari aspek agama, jika dibandingkan dengan alam ini adalah kecil daripada sayap

Ustaz Nazri 220719

Kuliah Maghrib ✓ Surah Takaathur ayat 3: Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! ✓ Kebenaran Al Quran      • Terbukti secara sains      • Kejadian janin dengan tepat      • Perkara anih didasar laut pun jelas ✓ sekiranya manusia percaya kpd Al Quran      • Tentulah rasa takut      • Akan siksa didalam kubur      • Kubur itu pintu gerbang akhirat      • Susah dikubur maka akan susah diakhirat ✓ Ramai manusia bermegah didunia dengan      • harta      • keturunan      • pangkat dan DLL      Maka Allah SWT putuskan kemegahannya dengan kematian. ✓ Setelah manusia masuk kubur barulah dia menyesal akan hartanya yang dia tinggalkan. Dimana ia dapat dan dibelanjakan. ✓ Surah Takaathur ayat 4: Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! 5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan y

Ustaz Azman 210719

Kuliah Subuh ✓ Mentaati segala perintah Allah SWT itu adalah syarat untuk mendapat syurga diakhirat. ✓ Perintah Allah SWT meliputi segala cara hidup sesaorang mukmin, bukan ibadah sahaja. ✓ Seorang mukmin perlulah bersungguh-sungguh menjalankan segala perintah Allah SWT ✓ Bagaimana dengan hukum bernegara. Adakah kita menjalankan tanggungjawab. Memilih ketua yang menjalankan hukum Allah SWT. ✓ Didalam rumah tangga. Adakah kita menjalankan tugas mendidik anak dan isteri didalam bab agama. Memastikan mereka berilmu didalam bab fardhu Ain. ✓ sesaorang mukmin, adalah hamba kepada Allah SWT. Sekiranya ia inginkan syurga ...      • Taat segala perintah NYA      • Berdoa kepada Allah SWT      • Jaga adab sebagai seorang mukmin ✓ Wassalam

Ustaz Jefri 200719

Kuliah Maghrib ✓ Masyarakat dan gerakan Islam hendaklah berpegang kepada Rabbaniah. Ia itu didalam apa sahaja wadah perjuangan hendaklah berpandu kepada hukum Allah SWT. Berpegang kepada Al Quran dan Hadith. ✓ Pemimpin masyarakat Islam wajib beragama Islam. Tidak haruslah orang yang bukan orang Islam menjadi pemimpin orang mukmin. ✓ Seorang pemimpin masyarakat Islam perlulah sesaorang yang mempunyai Ilmu dan sihat tubuh badan. Memimpin masyarakat kearah amal Makruf. ✓ Masyarakat Islam profilnya adalah berpegang kepada prinsip Rabbaniah. Hidup dan mati mengikut cara yang ditetapkan oleh Allah SWT. ✓ Menolak judi, arak, zina, riba dan sebagainya. Sepertimana yang ditetapkan oleh syariat Islam. ✓ Perlulah faham bahawa masyarakat Islam hendaklah peka kepada konsep politik yang bukan cara Islam. Sistem sekular, pergaulan bebas, LGBT, dan menolak hukum syariah. ✓ Para pemimpin didalam masyarakat Islam perlulah memberi teladan kepada orang awam. Berpegang kuat didalam menjalankan hukum Islam.

Ustaz Shamsuddin 200719

Kuliah Subuh ✓ Para wali adalah orang pilihan Allah SWT. Mereka ini diberi ilmu yang khusus daripada Allah yang tidak dapat kepada semua orang. ✓ Mereka juga dianugerahkan mata hati yang terang. Mereka dapat melihat sesuatu yang orang awam tidak dapat mengenai kebesaran Allah SWT. Mereka sebagai mata kunci bagi mengenali Allah. ✓ Sekiranya dengan kehendak Allah SWT sesaorang itu dapat kenal sesaorang wali, maka perlulah dia dihormati. ✓ Para wali ini mereka mendapat ilmu laduni. Hati mereka kuat serta bebas daripada kebertanggungan dengan dunia. Mereka hanya fokus kepada beribadah kepada Allah SWT. ✓ Para ulama' mentakrifkan alam ini dinafikan kepada tiga..      • Alam Mulki merupakan alam fizikal dimensi dimana manusia berada.      • Alam malakut. Dimensi ghaib. Jin dan malaikat tinggal disini. Para wali mata hatinya dapat melihat alam ini. Kebanyakkan manusia tidak dapat melihat alam ini.      • Alam Jabarut, merupakan dimensi yang paling tinggi. Tidak boleh disamakan dengan alam

Ustaz Dato' Nahrawi 150719

Kuliah Maghrib ✓ Semangat kejiranan dituntut oleh agama Islam:      • Manusia perlu kejiranan      • Sebagai keluarga      • Perlu dihormati      • Jangan ganggu ketenteraman ✓  Surah Nisa ayat 36 Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; ✓ Jibril sentiasa berpesan kepada Baginda Rasulullah SAW akan perlunya berbaik-baik dengan jiran. Betapa besar peranan jiran. Hinggakan mereka lebih rapat daripada keluarga yang jauh. Suasana kejiranan yang baik itu dapat membahagiakan. ✓ Tidak sempurna iman jika sesaorang itu melakukan sesuatu yang menggangu ketenteraman jiran. Malah ad

Ustaz Shamsuddin 140719

Kuliah Subuh ✓ Diatas kehendak Allah SWT ditentukan siapa diantara hambaNYA dijadikan wali Ullah. ✓ Bolehkah manusia awam dapat mengenali sesaorang wali Ullah. Identiti sesaorang wali itu dirahsiakan. Melainkan sesiapa yang diberikan pengetahuan daripada NYA. ✓ Berkemungkinan sesaorang wali Ullah itu mengenali sesama Wali. ✓ Seorang wali Ullah itu dekatkan diri mereka dekat dengan Allah SWT. Meletakkan segala perintah Allah SWT mengatasi segala prioriti kehidupan nya. ✓Para wali juga menghidupkan didalam dirinya sunah Rasulullah SAW. ✓ Matahati itu anugerah Allah SWT kepada hambaNYA yang beriman dan ikhlas didalam ketaatan. Bersyukurlah jika ini kita dapati walaupun sedikit sahaja. Nikmat mengenali Allah SWT dengan Matahati itu besar impak kepada peningkatan iman sesaorang. ✓ Sesaorang yang dapat kenal Allah SWT dengan Matahati besar kemungkinan dia dapat mengenali sesaorang wali. ✓ Orang yang Soleh jika diizinkan Allah SWT dapat mengenali para wali. ✓ Orang awam juga dapat mengenali s

Ustaz Shukri 130719

Kuliah Maghrib ✓ Orang mukmin yang menjaga hubungan dengan Allah SWT maka hendaklah dia menjaga hubungan dengan kerabatnya ✓ Didalam AL Quran Surah Muhammad ayat 21: Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Muhammad 47:22)  ✓ Ayat diatas menyatakan amaran orang mukmin yang tidak menjaga hubungan dengan kaum kerabat. ✓ Orang yang memutuskan silaturrahim dengan kerabatnya akan mendapat azab diakhirat kelak. ✓ Orang yang menjaga silaturrahim dengan kerabatnya akan mendapat kerahmatan dari segi rezeki. ✓ Orang yang mendapat rahmat daripada Allah SWT diakhirat kelak adalah terdiri dari mereka yang menyambung silaturrahim. ✓ Wassalam

Ustaz Firdaus 130719

Kuliah Subuh ✓ Semasa berhijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, penduduk Madinah menunggu ketibaan Baginda. ✓ Berita telah sampai kepada penduduk Madinah yang Baginda telah bergerak daripada Mekah. Setiap pagi orang Madinah berkumpul menanti ketibaan Baginda. Mereka lakukan beberapa hari. ✓ Ketibaan Rasulullah SAW disambut dengan kegirangan. Diwaktu itu turun ayat Al-Quran yang pertama di Madinah.  Menceritakan pertolongan Allah SWT kepada Baginda semasa hijrah. Surah At Tahrim ayat ke 4, Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. ―QS. 66:4 ✓ Rasulullah SAW sampai di Madinah melalui Quba'. Ditempat itu Baginda mendirikan sebuah Masjid. Dihari pertama Baginda dan para sahabat bersama-sama

Ustaz Ghazali Omar 100719

Kuliah Maghrib ✓ Para ulama memainkan berbagai peranan didalam masyarakat selain daripada menyampaikan ilmu. ✓ Kadangkala diminta untuk menjadi perantara didalam konflik keluarga. Dia hendaklah minat untuk menyelesaikan masaalah tanpa menempuh penceraian diantara suami isteri. ✓ Begitu para imam dimasjid masjid perlulah memain peranan sebagai seorang daie. Menjadi penasihat kepada masyarakat. Pendekatan yang perlu diperbagaikan agar masyarakat lebih aman. ✓ Perbalahan didalam masyarakat juga menjadi tanggungjawab para imam dan agamawan untuk menasihati yang sepatutnya. Perlulah masyarakat diingatkan tentang hukum hakam agama didalam isu isu tertentu. ✓ Didalam masyarakat muslim hari ini ramai orang yang menghisap rokok. Walhal rokok itu difatwakan haram. Maka para ustaz dan imam perlulah bersungguh sungguh menasihati orang ramai supaya berhenti dari terus menghisap. ✓ Hal menjual beli juga didalam agama Islam ada hukum hakamnya. Para penjual dan pembeli perlu juga diberi nasihat dan il

Ustaz Ali 090719

Kuliah Maghrib ✓ Orang kafir apabila berhadapan dengan syurga dan neraka diakhirat kelak barulah is sedar akan kebenaran. Ia baru sedar yang dia akan menuju kedalam neraka. Ketika itu ia mengharap yang dia menjadi debu. ✓ Orang yang beriman hendaklah berusaha memperbanyakkan amalan soleh. Dengan harapan yang Allah SWT menghindarkan diri sendiri daripada siksaan api neraka. ✓ Tidak lama lagi akan tiba hari raya Aidil Adha. Dimana disunatkan melakukan ibadat korban. Ganjarannya cukup banyak, maka digalakkan setiap orang mukmin melaksanakan ibadah tersebut. ✓ Orang mukmin menyampaikan ilmu agama kepada orang ramai tanpa mengharapkan upah. Cukuplah mencapai keredhaan Allah SWT. ✓ Terlalu banyak berketawa berdekah-dekah itu tidak dibenarkan oleh agama. Supaya umat mukmin lebih fokus beribadah daripada melakukan aktiviti yang lagha. ✓ Rasulullah SAW menasihat para sahabat agar jangan terlalu seronok dengan hal ehwal keduniaan. Baginda ajak mereka memikirkan hal kematian dan akhirat. ✓Manusia

Ustaz Yusuf 070719

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT berfirman: "Wahai sekelian manusia. Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpulkan harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang.'' "Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia msaih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih.'' "Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa

Ustaz Nizam UIA 060719

Kuliah Subuh ✓ Usul hukum bagi umat mukmin adalah Quran dan Sunnah.      • Ada imam yang  menghukum berdasarkan amalan sahabat dan penduduk Madinah. Imam Malek menyatakan bahawa para sahabat dan tabien penduduk Madinah tidak berpuasa enam. Maka didalam mahzab Maliki berpuasa enam didalam bulan Syawal adalah makruh.      • Ada yang meletakkan akal melebihi Nas Quran dan sunnah. Seperti golongan mu'tazilah. ✓ Hadith Dhaif, juga digunakan oleh sebahagian ulama' sebagai punca hukum dan amalan. ✓ Hadith yang nas nya datang dari. Rasulullah SAW perlulah diterima oleh orang yang beriman. Walaupun logik akal susah nak menerima nya. ✓ Hadith mengenai Isra' dan Mikraj ketika itu susah nak diterima logik. Tapi dizaman moden ni manusia terima logiknya. Tetapi para sahabat menerima sahaja apa riwayat yang usul daripada Rasulullah SAW. ✓ Baginda SAW juga menyatakan diakhir zaman manusia berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi. Para sahabat menerima walaupun ketika itu tiada ada bangu

Ustaz Rahmatullah 010719

Kuliah Maghrib ✓ Agama Islam menyuruh pengikutnya memberi nasihat. Ini adalah kerana manusia itu tidak sempurna. Ada yang memberi nasihat juga ada kelemahan. Begitu juga orang yang dinasihati juga mempunyai kelemahan. Orang mukmin tidak hendaknya meninggalkan majlis ilmu, kerana majlis tersebut ada lah sebenarnya dipenuhi dengan nasihat. ✓ Orang yang takut ia akan lari daripada perkara yang ditakutinya. Sekiranya ia takut api neraka maka ia akan lari daripada perkara yang akan menjerumuskan diri daripada api neraka. ✓ Begitu juga sekiranya seseorang itu suka akan sesuatu maka ia akan berusaha mencari perkara tersebut. Kita suka dan bercita-cita untuk memasuki syurga maka kita akan berusaha mencari jalan kesyurga. Ilmu itu penting untuk beramal yang akan membawa kita kedalam syurga diakhirat nanti. ✓ Pokok pangkal segala kebaikan didunia ini adalah takut kepada Allah SWT. Kerana orang yang takut kepada Illahi akan mengubahi sesaorang itu. Sifat bertaqwa merupakan punca kejayaan seseoran