Ustaz Nizam UIA 060719

Kuliah Subuh

✓ Usul hukum bagi umat mukmin adalah Quran dan Sunnah.
     • Ada imam yang  menghukum berdasarkan amalan sahabat dan penduduk Madinah. Imam Malek menyatakan bahawa para sahabat dan tabien penduduk Madinah tidak berpuasa enam. Maka didalam mahzab Maliki berpuasa enam didalam bulan Syawal adalah makruh.
     • Ada yang meletakkan akal melebihi Nas Quran dan sunnah. Seperti golongan mu'tazilah.

✓ Hadith Dhaif, juga digunakan oleh sebahagian ulama' sebagai punca hukum dan amalan.

✓ Hadith yang nas nya datang dari. Rasulullah SAW perlulah diterima oleh orang yang beriman. Walaupun logik akal susah nak menerima nya.

✓ Hadith mengenai Isra' dan Mikraj ketika itu susah nak diterima logik. Tapi dizaman moden ni manusia terima logiknya. Tetapi para sahabat menerima sahaja apa riwayat yang usul daripada Rasulullah SAW.

✓ Baginda SAW juga menyatakan diakhir zaman manusia berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi. Para sahabat menerima walaupun ketika itu tiada ada bangunan yang tinggi. Sekarang kita hidup didalam era yang dinyatakan Baginda SAW dimana banyak bangunan yang tinggi.

✓ Rasulullah SAW menyatakan Qiamat tidak terjadi melainkan muncul dajjal. Yang mengaku dirinya adalah Rasulullah. Dizaman Baginda keadaan itu tidak berlaku. Tetapi para sahabat menerima hadith tersebut. Tetapi dizaman ini perkara itu telah terjadi.

✓ Baginda SAW juga menyatakan bahawa akan ada diakhir zaman kedatangan kembali Nabi Isa. Para sahabat menerima sahaja hadith tersebut. Begitu jugalah dengan orang beriman hingga ke hari ini.

✓ Kedatangan Yakjud dan Makjuj disebut didalam Quraan dan hadith. Walaupun tidak berlaku lagi tetapi para mukmin dapat menerima dan beriman dengan perkara itu.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809