Ustaz Hazaman 310719

Kuliah Maghrib

✓ Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sebahagian daripada al-Qur'an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah "al-Mulk".

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)

✓ Rasulullah SAW Tidak pernah tinggal membaca surah AL Mulk sebelum baginda tidur.

✓ Membaca surah AL Mulk setiap malam sebelum tidur dapat menyelamatkan pembacanya daripada siksaan kubur hinggalah ia masuk syurga.

✓ Surah AL Mulk ayat 1:  Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

✓ Subhanallah...zikir yang disukai Allah SWT. Subhanallah Wabihamdih, Subhanallah Hilazim.

✓ Allah SWT mempunyai kuasa keatas makluk NYA.

✓ Orang yang beriman jika menghadapi ujian hendaklah membaca Astighfirullah hilazim. Dan apabila mendapat kesenangan hendaklah diucapkan Alhamdulillah. Jika merasa sedih hendaklah dia membaca Lahawlawala kuwatailla billah hilali alazim.

✓ Surah AL Mulk ayat 2: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

✓ Didalam ayat diatas Allah SWT berfirman mati sebelum hidup. Para ulama' menyatakan kerana hendak mengingati manusia akan kepentingan kematian. Supaya manusia membuat persiapan yang secukupnya semasa hidup didunia ini. Hidup dan mati itu sebagai ujian Allah SWT keatas hambaNYA.

✓ Kenapa manusia diuji? Untuk memperlihatkan siapa yang lebih sabar menghadapi segala kesulitan didunia ini.

✓ Tiada manusia yang terlepas daripada kesilapan dan dosa. Oleh itu hendaklah orang yang beriman selalu memohon ampun dan taubat.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809