Ustaz Jihad 270719

Kuliah Subuh

✓ Para salafus soleh merupakan generasi 300 tahun pertama umat mukmin. Menjadi generasi contoh akan akhlaq dan amalan mereka.

✓ Bagi salafus soleh dunia dan segala kenikmatannya tidak ada kesannya didalam jiwanya. Kehidupan akhirat lebih diutamakan daripada kesenangan dunia.

✓ Begitulah bagi orang mukmin dizaman ini hendaklah menjadikan akhirat itu prioriti melebihi segala kehendak nafsu dunia. Amalan Qurban merupakan satu amalan menuju ke akhirat. Ini dituntut oleh Baginda Rasulullah SAW, Walaupun ia merupakan amalan sunat.

✓ Dituntut bagi orang beriman menjalankan ibadat Qurban. Serta bersama sama menyaksikan upacara penyembelihan. Serta bersama sama membantu menyelesaikan program qurban tersebut. Segala amalannya itu cukup bernilai, kerana inilah kehendak agama. Jalan menuju ke akhirat.

✓ Apakah nilai segala kenikmatan dan kemewahan dunia. Serta segala usaha manusia mengejar dunia tersebut? Dari aspek agama, jika dibandingkan dengan alam ini adalah kecil daripada sayap saekor nyamuk.

✓ Dunia ini jika dikejar tidak ada kesudahannya. Tidak pernah berpuas. Imam Malik menyatakan dunia ini bagaikan sihir. Hendaklah orang beriman takut akan dorongan hati terhadap dunia. Para alim ulama juga ada yang terjatuh kedalam kecintaan dunia. Maka orang mukmin harus berwaspada.

✓ Perkara yang dihalalkan oleh agama bagi orang yang solih berpada pada. Mereka mengambilnya sekadar yang perlulah sahaja.

✓ Manakala perkara yang diharamkan oleh agama perlulah orang mukmin menjauhkan daripadanya. Orang yang soleh mereka jaga dan teliti amalan mereka. Berwaspada didalam langkah mereka daripada perkara yang haram.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809