Ustaz Shamsuddin 200719

Kuliah Subuh

✓ Para wali adalah orang pilihan Allah SWT. Mereka ini diberi ilmu yang khusus daripada Allah yang tidak dapat kepada semua orang.

✓ Mereka juga dianugerahkan mata hati yang terang. Mereka dapat melihat sesuatu yang orang awam tidak dapat mengenai kebesaran Allah SWT. Mereka sebagai mata kunci bagi mengenali Allah.

✓ Sekiranya dengan kehendak Allah SWT sesaorang itu dapat kenal sesaorang wali, maka perlulah dia dihormati.

✓ Para wali ini mereka mendapat ilmu laduni. Hati mereka kuat serta bebas daripada kebertanggungan dengan dunia. Mereka hanya fokus kepada beribadah kepada Allah SWT.

✓ Para ulama' mentakrifkan alam ini dinafikan kepada tiga..
     • Alam Mulki merupakan alam fizikal dimensi dimana manusia berada.
     • Alam malakut. Dimensi ghaib. Jin dan malaikat tinggal disini. Para wali mata hatinya dapat melihat alam ini. Kebanyakkan manusia tidak dapat melihat alam ini.
     • Alam Jabarut, merupakan dimensi yang paling tinggi. Tidak boleh disamakan dengan alam yang lain. Kerana dimensi ini adalah alam ketuhanan. Para nabi, rasul dan wali pilihan dapat melihatnya.

✓ Para Rasul mereka ini mendapat wahyu daripada Allah SWT terus menerus. Mata hati mereka keterangannya tidak dapat ditandingi oleh manusia yang lain.

✓ Keistimewaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada para walinya adalah sesuatu yang diluar jangkaan manusia awam. Maka perlulah mereka ini dihormati. Mereka mengenali Allah SWT lebih daripada manusia awam. Maka mereka ini bagaikan anak kunci untuk mengenali sifat Allah SWT.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809