Ustaz Jefri 200719

Kuliah Maghrib

✓ Masyarakat dan gerakan Islam hendaklah berpegang kepada Rabbaniah. Ia itu didalam apa sahaja wadah perjuangan hendaklah berpandu kepada hukum Allah SWT. Berpegang kepada Al Quran dan Hadith.

✓ Pemimpin masyarakat Islam wajib beragama Islam. Tidak haruslah orang yang bukan orang Islam menjadi pemimpin orang mukmin.

✓ Seorang pemimpin masyarakat Islam perlulah sesaorang yang mempunyai Ilmu dan sihat tubuh badan. Memimpin masyarakat kearah amal Makruf.

✓ Masyarakat Islam profilnya adalah berpegang kepada prinsip Rabbaniah. Hidup dan mati mengikut cara yang ditetapkan oleh Allah SWT.

✓ Menolak judi, arak, zina, riba dan sebagainya. Sepertimana yang ditetapkan oleh syariat Islam.

✓ Perlulah faham bahawa masyarakat Islam hendaklah peka kepada konsep politik yang bukan cara Islam. Sistem sekular, pergaulan bebas, LGBT, dan menolak hukum syariah.

✓ Para pemimpin didalam masyarakat Islam perlulah memberi teladan kepada orang awam. Berpegang kuat didalam menjalankan hukum Islam. Tidak dicelup daripada isme yang bukan daripada wahyu Illahi.

✓ Kedudukan Al Quran didalam masyarakat Islam hendaklah tinggi dan mulia. Tidak ada undang undang yang bercanggah dengan hukum Islam. Pendidikan Al Quran dan Syariah hendaklah diberi penekanan oleh para pemimpin serta ulamak.

✓ Jangan agama itu dibiarkan dipinggirkan oleh masyarakat mukmin. Terutama generasi muda dan akan datang. Kerana jika agama dipinggirkan maka yang akan menggantikan adalah sistem berasaskan nafsu.

✓  Madinah selepas diambil alih oleh Rasulullah SAW, bertukar menjadi sebuah negara contoh bagi tamadun dunia semasa itu. Satu masyarakat yang adil, progresif dan dinamik. Menjadi asas kepada sistem bernegara dunia moden hari ini.

✓ Masyarakat dibangun diatas dasar ilmu yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Ilmu inilah yang menjadi sumber rujukan ilmu moden. Sains, matematik dan teknologi adalah asasnya datang daripada sarjana Muslim.

✓ Perlulah orang yang beriman hari ini mempunyai iltizam membangunkan tamadun Islam yang dapat menjadi contoh untuk masyarakat yang lain.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809