Ustaz Firdaus 130719

Kuliah Subuh

✓ Semasa berhijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, penduduk Madinah menunggu ketibaan Baginda.

✓ Berita telah sampai kepada penduduk Madinah yang Baginda telah bergerak daripada Mekah. Setiap pagi orang Madinah berkumpul menanti ketibaan Baginda. Mereka lakukan beberapa hari.

✓ Ketibaan Rasulullah SAW disambut dengan kegirangan. Diwaktu itu turun ayat Al-Quran yang pertama di Madinah.  Menceritakan pertolongan Allah SWT kepada Baginda semasa hijrah.

Surah At Tahrim ayat ke 4, Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. ―QS. 66:4

✓ Rasulullah SAW sampai di Madinah melalui Quba'. Ditempat itu Baginda mendirikan sebuah Masjid. Dihari pertama Baginda dan para sahabat bersama-sama mendirikan masjid.

✓  Rasulullah SAW kemudian membeli sebidang tanah di Madinah. Disitulah tempat baginda mendirikan Masjid dan sebelah itu rumah nya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809