Ustaz Ali 090719

Kuliah Maghrib

✓ Orang kafir apabila berhadapan dengan syurga dan neraka diakhirat kelak barulah is sedar akan kebenaran. Ia baru sedar yang dia akan menuju kedalam neraka. Ketika itu ia mengharap yang dia menjadi debu.

✓ Orang yang beriman hendaklah berusaha memperbanyakkan amalan soleh. Dengan harapan yang Allah SWT menghindarkan diri sendiri daripada siksaan api neraka.

✓ Tidak lama lagi akan tiba hari raya Aidil Adha. Dimana disunatkan melakukan ibadat korban. Ganjarannya cukup banyak, maka digalakkan setiap orang mukmin melaksanakan ibadah tersebut.

✓ Orang mukmin menyampaikan ilmu agama kepada orang ramai tanpa mengharapkan upah. Cukuplah mencapai keredhaan Allah SWT.

✓ Terlalu banyak berketawa berdekah-dekah itu tidak dibenarkan oleh agama. Supaya umat mukmin lebih fokus beribadah daripada melakukan aktiviti yang lagha.

✓ Rasulullah SAW menasihat para sahabat agar jangan terlalu seronok dengan hal ehwal keduniaan. Baginda ajak mereka memikirkan hal kematian dan akhirat.

✓Manusia memang suka akan hiburan. Gelak ketawa dan bersuka ria. Tetapi janganlah kesukaan itu melampau hingga terlupa akan mengingati Allah SWT. Hingga terbabas daripada larangan dan kewajipan syariah.

✓ Bagi mereka yang berilmu akhirat tentulah sedar akan kesusahan yang akan dialami. Maka mereka ini gelak sedikit sahaja tentang dunia yang sederhana. Tetapi menangis secara luar atau dalam ta' kala memikirkan nasib diri diakhirat nanti.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809