Ustaz Shamsuddin 140719

Kuliah Subuh

✓ Diatas kehendak Allah SWT ditentukan siapa diantara hambaNYA dijadikan wali Ullah.

✓ Bolehkah manusia awam dapat mengenali sesaorang wali Ullah. Identiti sesaorang wali itu dirahsiakan. Melainkan sesiapa yang diberikan pengetahuan daripada NYA.

✓ Berkemungkinan sesaorang wali Ullah itu mengenali sesama Wali.

✓ Seorang wali Ullah itu dekatkan diri mereka dekat dengan Allah SWT. Meletakkan segala perintah Allah SWT mengatasi segala prioriti kehidupan nya.

✓Para wali juga menghidupkan didalam dirinya sunah Rasulullah SAW.

✓ Matahati itu anugerah Allah SWT kepada hambaNYA yang beriman dan ikhlas didalam ketaatan. Bersyukurlah jika ini kita dapati walaupun sedikit sahaja. Nikmat mengenali Allah SWT dengan Matahati itu besar impak kepada peningkatan iman sesaorang.

✓ Sesaorang yang dapat kenal Allah SWT dengan Matahati besar kemungkinan dia dapat mengenali sesaorang wali.

✓ Orang yang Soleh jika diizinkan Allah SWT dapat mengenali para wali.

✓ Orang awam juga dapat mengenali sesaorang wali melalui karamahnya.

✓ Ada juga wali yang dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia. Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809